Buat hidung, bahana ‘filler’ dan tanam benang

Buat hidung, bahana ‘filler’ dan tanam benang

SETIAP orang sudah pasti mengidamkan rupa paras menarik termasuk hidung mancung dan cantik.

Namun, sanggupkah mengeluarkan wang untuk ‘membaiki’ hidung walaupun belum tentu hasilnya cantik?



Yang pasti, pelbagai risiko perlu ditanggung hingga ada menghidap pelbagai komplikasi teruk seperti pembuluh darah di bawah kulit hidung tersumbat.

Pernah dilaporkan sebelum ini, satu kejadian seorang wanita di Miri, Sarawak, gagal ‘membaiki’ kesannya hidung bertambah buruk, dipercayai berpunca daripada pembuluh darah kesan daripada membuat pengisi hidung.

Rawatan itu dipercayai menyebabkan pembuluh darah tersumbat hingga kulitnya mati dan jika dibiarkan ia boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif Surgeri, Hospital Pakar KPJ Rawang, Dr Siti Muyassarah Rusli, berkata pembuluh darah pada hidung bahaya kerana ia bersangkutan dengan pembuluh darah yang melalui bahagian otak.



Justeru, risiko tinggi di kulit bahagian hidung atau lebih dikenali sebagai zon bahaya ditambah pula jika terkena jangkitan kuman ke otak.

“Selalunya sukar membaiki semula jika sudah jadi begitu. Apa boleh dibuat melakukan pembedahan plastik. Namun, jika hidung senget dan tidak menjadi risiko lebih tinggi daripada pembedahan hidung biasa,” katanya.

Tidak semua boleh buat rawatan estetik

Katanya, tidak semua orang layak melakukan rawatan estetik kerana sudah pasti sukar berikutan setiap orang mempunyai keharmonian wajah tersendiri.



“Bagi hidung nampak normal tetapi perlukan rawatan hidung kerana masalah hidung tersumbat akibat tulang dalam senget menyebabkan pesakit tidak boleh bernafas dengan baik.

“Ini lebih kepada rawatan kecantikan dari segi konstruktif dan pesakit itu calon ideal boleh buat rawatan berbanding yang lakukan untuk kecantikan semata-mata,” katanya.

Yang layak buat rawatan untuk kecantikan tanpa ada masalah kesihatan, perlu tahu risiko bakal dihadapi seperti hidung menjadi lebih buruk daripada asal.

“Jika tidak berpuas hati dengan keputusan dan rasa tidak mampu hadapi risiko kemungkinan mereka bukan calon ideal untuk membuat rawatan estetik.



“Individu ada masalah kesihatan kronik tidak sesuai kerana babitkan prosedur bius atau ditidurkan dan berisiko tinggi kepada mereka.

Dua cara ‘baiki’ hidung

Katanya, ada dua cara membaiki hidung, iaitu menerusi pembedahan plastik dan rawatan estetik.

Pembedahan plastik, pakar bedah akan menggunakan implan atau tulang rawan daripada tulang rusuk bagi menambahbaik atau mencantikkan hidung kemek.



Berbeza di Barat, tulang jarang digunakan kerana tujuan mereka melakukan pembedahan plastik bukan untuk mancungkan hidung, tetapi hanya meratakan atau mengecilkan saiz hidung.

“Berdasarkan pengalaman saya ketika menjalani latihan di Barat, ramai masyarakat di negara itu jika melakukan pembedahan hidung untuk meratakan bonggol di bahagian tengah hidung.

“Di negara lain seperti Malaysia, melakukan pembedahan plastik untuk memancungkan hidung dan menggunakan tulang rawan atau implan,” katanya.

Tanam benang di bawah kulit



Untuk rawatan estetik, ada dua jenis yang sering dilakukan, iaitu pengisi (filler) hidung dan menanam benang.

Pengisi berfungsi dengan cara memasukkan cecair asing seperti asid hyaluronic atau dengan menggunakan lemak sendiri untuk mengisi bahagian tertentu pada muka dirasakan sudah hilang isi padu tanpa perlu menjalani pembedahan.

Rawatan menanam benang, membabitkan proses memasukkan benang ke arah tertentu di bawah kulit hidung supaya keadaan hidung menjadi lebih terletak seperti diinginkan.

“Ketika ini, dilihat ramai memilih rawatan estetik kerana lebih murah daripada menjalani pembedahan plastik, tetapi ia perlu dilakukan banyak kali. Jadi tidak berapa relevan jika dikatakan murah.

“Rawatan estetik bersifat sementara berbanding pembedahan plastik yang lebih kekal kerana membabitkan prosedur sehingga ke tulang hidung.

“Menanam benang lebih tahan lama berbanding pengisi hidung, bagaimanapun tempohnya bergantung iaitu hanya beberapa bulan sahaja,” katanya.

Risiko tanam benang

Dr Siti Muyassarah berkata, risiko rawatan estetik, antaranya masalah pernafasan kerana berlaku perubahan bentuk hidung.

Risiko lain, kerosakan saraf dan jangkitan kuman dan paling ditakuti jika prosedur itu tidak menjadi seperti diharapkan atau menjadi lebih teruk akibat komplikasi.

“Tanam benang risiko lebih tinggi kerana jika pembuluh darah yang menyalurkan darah kepada kulit tersumbat akibat pengisi termasuk dan melekat ke salur darah ia boleh menyebabkan kulit mati.

“Ini sekali gus boleh mengakibatkan luka dan kulit itu perlu dibuang dan pembedahan sebagai rawatan susulan.

“Risiko menanam benang, pembentukan parut dalam dan penolakan benang daripada kulit dan tisu.

“Pengaktifan sel dan tisu regeneratif baru akibat penanaman benang boleh menganjalkan kulit, tapi kesan sampingan juga termasuk pembentukan parut dalam boleh menyebabkan hidung menjadi senget,” katanya.

Terdapat juga sampingan berlaku setiap kali menjalani prosedur invasif seperti bengkak pada bahagian hidung dan berdarah. BH

Buat hidung, bahana ‘filler’ dan tanam benang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker