Polis buru suspek tembak kereta peronda

Polis buru suspek tembak kereta peronda

Polis Kelantan memburu suspek yang melepaskan tembakan ke arah kenderaan polis yang mengejarnya dalam satu kejadian di Jalan Raja Perempuan Zainab 2 di Kota Bharu semalam.

Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu pihaknya menerima panggilan dari orang awam bahawa rumahnya dipecah masuk.



Katanya, susulan aduannya polis mengarahkan pasukan yang membuat rondaan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sampai dilokasi kejadian anggota yang membuat rondaan mengesan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dan terus bertindak mengejar kenderaan itu,” katanya menurut Sinar Harian.

Katanya, semasa dikejar penumpang sebelah kiri hadapan kereta terbabit telah mengeluarkan objek menyerupai pistol.

“Anggota polis yang bertugas kemudian mendengar dentuman yang kuat pada cermin hadapan kereta jenis Proton Preve yang dinaiki mereka,” katanya.



Zaki berkata, anggota polis yang mengejar suspek tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Katanya, kereta dinaiki suspek ditemukan di Taman Desa Rahmat, Kubang Kerian tetapi suspek telah melarikan diri.

Menurutnya ,kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39(a) Akta Senjata Api 1960. FMT

Polis buru suspek tembak kereta peronda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X



Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena

DJ Lin jadi mangsa



Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker