Hannah, tolonglah masuk campur

Hannah, tolonglah masuk campur

Konflik Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) semakin meruncing apabila kedua-dua pihak masih belum dapat mencapai perdamaian.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Naziffudin Najib menerusi satu kenyataan semalam menuntut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk campur tangan setelah Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias enggan memohon maaf susulan audio yang tular di aplikasi WhatsApp sebelum ini.



Beliau mendakwa, Suhardi juga sudah melampaui batas apabila menyentuh pencapaian dan prestasi atlet kebangsaan yang tidak termaktub dalam bidang kuasanya.

“Suhardi bukan sahaja enggan memohon maaf atas kata-kata beliau yang menyamakan MOM dengan Kerajaan Israel tetapi juga menyentuh pencapaian dan prestasi atlet di bawah naungan kami, sedangkan bidang kuasa PJS terhad kepada perundangan berkaitan pendaftaran dan pembatalan atau penggantungan badan sukan yang berdaftar di bawah Akta 576.

“Keengganan Suhardi ini memberi isyarat bahawa beliau sudah memukul gendang perang dengan MOM dan ahli gabungan kami,” kata Nazifuddin.

Selepas empat hari bertegang urat, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi.



Terdahulu, Suhardi telah membuat laporan polis di atas penyebaran rakaman audio ketika mempengerusikan mesyuarat tertutup antara Persatuan Tadbir Urus Sukan Elektronik Malaysia (MEGA) dan Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) pada 14 November lalu.

Suhardi menjelaskan penyebaran audio tersebut mempunyai unsur jahat kerana rakaman audio itu telah disunting sehingga perbualannya telah diambil di luar konteks, berhubung isu melabel MOM sebagai Israel.

“Selepas ini kita akan meredakan keadaan, memberikan satu waktu bertenang kepada semua pihak dan seterusnya memanggil MOM untuk membincangkan mengenai perkara ini seterusnya mengurangkan semua tekanan yang timbul hasil daripada penyebaran audio klip secara salah itu.

“Saya memohon semua pihak ambil iktibar daripada perkara yang berlaku iaitu penyebaran audio klip di dalam telefon pintar tertakluk kepada undang undang SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), terutamanya Seksyen 233, dan kita cuba mengelakkan daripada mengambil tindakan sedemikian.



“MOM sebagai badan induk perlu bertenang dan jangan melatah dan berbincang dengan semua pihak, termasuk kerajaan,” katanya Suhardi yang ditemui media di MSN semalam. Utusan

Hannah, tolonglah masuk campur

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu

GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang



FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam

GV10: Noryn Aziz tersingkir



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker