Beruang rosak tanaman, ternakan madu kelulut
Beruang rosak tanaman, ternakan madu kelulut

KEMAMAN : “Saya ingat buahan-buahan di kebun saya dirosakkan babi, bila lihat banyak cakaran pada batang pokok baru saya tahu itu angkara beruang,” kata pekebun Mohd Asri Embong.
Mohd Asri, 58, berkata kejadian itu berlaku dikebunnya di Kampung Baru Kerteh sejak minggu lalu.
Katanya, selain merosakkan pokok buah-buahan seperti nangka dan cempedak, beruang matahari itu turut merosakkan lima sarang madu kelulut miliknya.
“Memang pada mulanya saya ingatkan an ia dirosakkan babi tapi bila lihat cakaran pada batang pokok dan sarang madu kelulut rosak memang sah ia angkara beruang.
“Bila kesan kerosakan pada buah-buahan dan sarang madu kelulut, saya percaya beruang itu sudah tiga kali masuk ke kebun saya,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Mohd Asri berkata, keadaan itu menyebabkan dia bertindak menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk membantu menyelesaikan masalah itu.
“Saya terkilan sebab madu kelulut tu saya tak sempat nak kutip hasil dan pokok cempedak dan nangka juga sudah membesar dan boleh dijual tidak lama lagi.
“Kejadian ini pertama kali berlaku sejak saya mengusahakan kebun ini 16 tahun lalu, ” katanya bimbang terserempak dengan beruang itu.
Seorang lagi penduduk, Mohd Zuhari Saleh, 40, berkata kehadiran haiwan liar itu turut menimbulkan ketakutan kepada penduduk berikutan kedudukan kawasan kebun itu tidak jauh dari penempatan penduduk.
“Kita berharap Perhilitan supaya dapat menangkap beruang itu dengan secepat mungkin,” katanya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.
Katanya, pihaknya sudah memasang sebuah perangkap di lokasi terbabit sejak petang semalam dan
penduduk diminta tidak menganggu haiwan berkenaan jika terserempak.
Beruang rosak tanaman, ternakan madu kelulut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.