Nana, Amir Masdi terkejut terima undian tertinggi

Nana dan Amir hargai usaha peminat sehingga nama mereka diumumkan antara 10 artis meraih undian terkumpul tertinggi pada saingan Top 5, ABPBH 35.

Nana, Amir Masdi terkejut terima undian tertinggi

Dua penyanyi popular, Siti Nordiana dan Amir Masdi terkejut nama mereka diumumkan antara 10 artis meraih undian terkumpul tertinggi pada saingan Top 5, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35

Dengan prestasi ditunjukkan finalis sebelum undian berakhir pada jam 11.59 malam Sabtu ini, setiap finalis berpotensi dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 35 yang diajaibkan penaja utama, Fellera Skin.



Senarai 10 finalis yang memperoleh undian terkumpul tertinggi diumumkan pengacara majlis, Muaz, pada sidang media pengumuman pra-kemuncak ABPBH 35 di premis acara, The Agam, Jalan Sungai Penchala, malam kelmarin.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata, setiap artis pastinya mempunyai impian menggenggam trofi Bintang Paling Popular.

“Jujurnya, saya tidak sangka berjaya dalam kelompok 10 artis undian tertinggi. Bohonglah jika tidak impikan trofi Bintang Paling Popular, namun, ia sekadar harapan.

“Saya percayalah inilah hasil kerja keras peminat yang tidak berhenti memberi sokongan kepada saya sejak dahulu.



“Lebih membuatkan saya terkejut apabila nama saya berada sebaris dengan ramai bintang baharu yang popular,” katanya kepada BH Online.

Nana berkata, semua finalis ada harapan menang, namun hanya satu nama mampu genggam trofi ini.

“Namun, ia juga berbalik kepada rezeki. Jadi, siapa yang berjaya pada malam kemuncak ABPBH 35, itu adalah rezekinya,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Amir Masdi berkongsi, jantungnya hampir terhenti saat mengetahui namanya berada kelompok 10 artis undian tertinggi.



“Ini kali pertama saya dapat berada dalam kelompok artis undian tertinggi ABPBH.

“Saya terkejut, jantung hampir terhenti apabila ada peminat berkongsi mengenai pengumuman pihak penganjur.

“Orang kata, fasa ini adalah separuh akhir, jadi harapan menang sudah tentu ada,” katanya.

Katanya, dia mahu pulang dengan sesuatu yang berharga jika ada rezeki.



“Sejujurnya, ABPBH adalah acara yang sangat mencabar dan artis lain juga mungkin merasakan perkara sama.

“Tetapi, saya percaya dengan rezeki kerana peminat bertungkus-lumus sepanjang undian dibuka,” katanya.

ABPBH 35 yang julung kali dipentaskan di panggung seni utama negara, Istana Budaya (IB) pada 21 Julai ini, diajaibkan penaja utama, Fellera Skin. HM

Nana, Amir Masdi terkejut terima undian tertinggi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid



Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah

Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia

Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker