Rafizi muncul dengan formula urus hutang negara

Rafizi muncul dengan formula urus hutang negara

Hutang negara dan liabiliti yang kini mencecah RM1.5 trilion boleh ditangani melalui “formula” serampang tiga mata untuk mengukuhkan kedudukan fiskal, kata Rafizi Ramli.

Menteri ekonomi berkata, ada beberapa strategi boleh diambil kerajaan seperti disebutnya pada minggu pertama menerajui kementerian itu.



“Pendekatan jangka pendek yang boleh diambil segera adalah dengan mendapatkan nilai terbaik bagi setiap perbelanjaan kerajaan. Kita boleh memastikan penyampaian projek dan kecekapan kos setiap projek kerajaan dapat dimaksimumkan.

“Itu caranya untuk menjimatkan wang dengan memastikan ketirisan dapat dihentikan,” katanya menurut Harian Metro.

Rafizi berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri ada menyebut yang beliau berpendapat sekurang-kurangnya sejumlah RM10 bilion boleh diperoleh segera daripada sistem sedia ada dengan menghentikan ketirisan.

Dengan memperuntukkan semula serta memberi keutamaan dalam perbelanjaan negara, ia mampu memperkukuhkan kedudukan fiskal.



Namun, beliau berkata, pendekatan itu saja tidak mencukupi justeru perlu ada perluasan untuk pungutan hasil negara.

“Ada beberapa pertimbangan dan keputusan dasar yang perlu kita ambil tetapi saya berpendapat ia memerlukan tempoh masa sedikit lama untuk dilihat kerana impaknya lebih besar. Ia membabitkan keseimbangan pertumbuhan dengan melindungi sektor sewajarnya dengan memastikan apa yang kita akan lakukan tidak memperlahankan pertumbuhan yang disasarkan,” katanya.

Beliau berkata, strategi ketiga boleh diambil adalah segera menstruktur semula ekonomi negara. Ada keperluan mendesak untuk menaik taraf ekonomi negara bagi membolehkan Malaysia meningkatkan perkhidmatan dan syarikat bernilai tinggi.

“Apabila pendapatan rakyat meningkat, ia juga menyumbang kepada hasil negara. Sudah jelas apa perlu dilakukan namun ia harus dilaksanakan secara berperingkat,” katanya.



Perkukuh kedudukan fiskal

Pada masa sama, Rafizi berharap seluruh negara memahami untuk tempoh satu atau dua tahun ini, kedudukan fiskal perlu diperkukuhkan.

Untuk itu, kerajaan perlu melakukan beberapa perkara bagi membetulkan kedudukan negara dengan segera.

Rafizi berpendapat, selepas satu atau dua tahun, apabila kedudukan fiskal semakin kukuh, ada laba ekonomi kepada negara yang akan dirasai rakyat dalam tempoh dua atau tiga tahun mendatang.



“Konsepnya samalah kalau demam kena ambil Panadol (ubat). Awal-awal tu ada orang mungkin tak suka Panadol, mungkin tak suka ubat tapi kena ambil ubat dahulu kan.

“Tapi ia (hutang negara) bukanlah sesuatu yang berada dalam keadaan yang berbentuk krisis yang perlu panik atau kerajaan berada dalam keadaan begitu terdesak.

“Kita masih ada ruang itu cuma sama macam demam, kalau demam buat-buat tak faham ubat, tak ambil kira tak berehat kita tak ambil ubat beberapa perkara ia akan jadi semakin teruk,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, landasan pengurusan kewangan negara perlu diubah sekarang. FMT



Rafizi muncul dengan formula urus hutang negara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk



Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot

Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker