Taliban potong tangan pencuri

Taliban potong tangan pencuri

KANDAHAR: Taliban dilaporkan memotong tangan empat lelaki di khalayak ramai di Stadium Ahmad Shahi selepas didakwa mencuri.

“Taliban dilaporkan memotong tangan empat orang di stadium bola sepak di Kandahar selepas dituduh mencuri di hadapan khalayak.

“Orang ramai disebat, dipotong dan dibunuh di Afghanistan tanpa perbicaraan adil dan proses sewajarnya.



“Ini adalah pelanggaran hak asasi manusia,” ciap bekas Penasihat Dasar kepada Menteri Penempatan Semula Afghanistan dan Menteri Pelarian di United Kingdom (UK), Shabnam Nasimi di Twitter.

Taliban melaksanakan hukuman sebat secara terbuka ke atas sembilan individu yang disabitkan kesalahan merompak dan ‘liwat’ di stadium berkenaan semalam.

Mahkamah Agung dalam kenyataan, berkata sembilan pesalah itu dihukum atas tuduhan merompak dan ‘liwat’ seperti diciap Tolo News di laman Twitter.

Pihak berkuasa tempatan dan penduduk turut hadir menyaksikan hukuman itu, manakala jurucakap gabenor wilayah berkenaan, Haji Zaid, berkata banduan terbabit disebat 35 hingga 39 kali.



Taliban meneruskan hukuman sebat dan mati secara terbuka terhadap penjenayah mengikut dekri pemimpin tertingginya biarpun menerima kecaman antarabangsa.

Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sangat terkilan dengan pelaksanaan hukuman mati secara terbuka dan sebatan yang diteruskan di Afghanistan serta menyeru pihak berkuasa de facto untuk menghentikan semua bentuk hukuman berat, kejam dan merendahkan martabat secara serta-merta. – BH

Taliban potong tangan pencuri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot

Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker