Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Saya tak lagi terlibat dalam politik atau kerajaan, kata Farhash.

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata beliau kini tidak lagi terlibat dalam politik dan pentadbiran kerajaan.

Farhash membuat kenyataan itu selepas seorang Ahli Parlimen PAS menyindir beliau susulan pemilikan sahamnya di sebuah syarikat penyedia perkhidmatan teknologi.



“Fokus penuh saya ketika ini adalah pada bidang perniagaan dan korporat,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Ahli Parlimen PAS Ahmad Fadhli Shaari ketika perbahasan di Dewan Rakyat mencadangkan peruntukan disediakan kepada pelajar bagi mendedahkan mereka dengan pengurusan kewangan.

“Pelajar universiti boleh dilatih untuk menjadi hebat seperti bekas setiausaha perdana menteri yang muncul sebagai pemegang saham utama dalam HeiTech Padu Bhd,” katanya yang merujuk kepada Farhash.

Minggu lalu, Farhash muncul sebagai pemegang saham utama syarikat itu selepas memperoleh kepentingan tidak langsung sebanyak 15.9% (16.1 juta saham) dalam penyedia perkhidmatan teknologi tersebut.



Farhash juga merupakan pengerusi dan pengarah beberapa syarikat, termasuk 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dan Apex Equity Holdings Bhd.

Farhash kemudian menjelaskan saham dipegangnya dalam HeiTech Padu Bhd adalah melalui Rosetta Partners Sdn Bhd, yang dimiliki bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

“Pemilikan saham ini juga merupakan sebahagian daripada strategi pelaburan antara Sultan Muhammad V dan saya untuk membantu syarikat-syarikat Bumiputera,” katanya. FMT

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak



Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker