Diiktiraf Malaysian Book of Records kali ketiga, Azizulhasni harap ia jadi sumber inspirasi

Datuk Azizulhasni Awang berharap pengiktirafannya di dalam Malaysia Book of Records (MBR) mampu menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jaguh berbasikal negara itu menerima pengiktirafan tersebut buat kali ketiga selepas memenangi pingat perak di Sukan Olimpik 2020 Tokyo, minggu lalu.

Sesi penyerahan sijil pengiktirafan itu dilaksanakan secara maya bersama Ketua Pegawai Operasi (COO) MBR, Christopher Wong, hari ini.



“Terima kasih MBR kerana mengiktiraf pencapaian saya di Olimpik. Saya harap ia mampu menjadi sumber inspirasi untuk atlet di Malaysia dan juga untuk mereka di luar sana.

“Pengiktirafan ini bermakna saya perlu bekerja keras untuk Olimpik Paris tiga tahun lagi,” katanya dalam sesi tersebut.

Pada 2017, atlet kelahiran Terengganu itu menerima pengiktirafan MBR selepas muncul atlet pertama memenangi emas keirin di Kejohanan Dunia, manakala satu lagi rekod selaku pelumba berbasikal pertama memenangi gangsa Olimpik, juga menerusi acara kegemarannya.

“Ini dia sijil pengiktirafannya. Bagi pihak MBR saya dengan bangganya ingin mengumumkan Azizulhasni telah disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sekali lagi.



“Ini adalah pengiktirafan ketiga. Kali ini beliau diiktiraf selepas memenangi pingat perak pertama menerusi sukan berbasikal,” kata Christopher.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin Sah Letak Jawatan Esok



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker