Saifuddin bidas politik ‘3R’ Adun PAS berkait poster palsu Felda

Saifuddin bidas politik ‘3R’ Adun PAS berkait poster palsu Felda

Tindakan seorang Adun PAS memuat naik sebaran palsu mendakwa Naib Presiden DAP Teresa Kok dilantik sebagai pengerusi Felda membuktikan pembangkang memainkan isu sensitif 3R (agama, raja dan kaum) menjelang PRN.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, berkata hantaran di Facebook Adun Kubu Gajah Khalil Yahaya itu sengaja untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap kerajaan perpaduan.



“Ini contoh politik 3R, tujuannya nak tunjuk kerajaan perpaduan letak DAP jadi pengerusi Felda.

“Felda sinonim dengan orang Melayu, supaya amarah orang Melayu itu tertuju kepada kerajaan,” kata menteri dalam negeri itu di Twitter.

Semalam, Felda menafikan pelantikan baharu bagi jawatan pengerusi yang kosong berkuat kuasa 30 Jun, susulan tersebar poster mendakwa Teresa dilantik ke jawatan itu termasuk di Facebook rasmi Khalil.

Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh turut menafikannya.



Khalil mendakwa hantaran itu dibuat pentadbir Facebooknya, bukan secara peribadi olehnya.

Jawatan pengerusi Felda kosong selepas Idris Jusoh menerima keputusan daripada Pejabat Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada lantikan pengganti baharu. FMT

Saifuddin bidas politik ‘3R’ Adun PAS berkait poster palsu Felda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya



“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker