Tok Wan badan berbulu pandu kereta – Budak 6 tahun pandu kereta

Tok Wan badan berbulu pandu kereta – Budak 6 tahun pandu kereta

Pada hari semalam tular kisah seorang kanak-kanak berusia 6 tahun memandu sebuah Toyota Vios bersama adiknya berusia 3 tahun pergi ke kedai untuk membeli mainan.

Namun kisah itu tidak terhenti begitu sahaja. Kini tular pula kisah misteri mengenai kejadian itu di kalangan netizen.



Ketika ditahan polis, kanak-kanak itu menceritakan kisah sebenar yang dikaitkan dengan mistik, bagaimana ‘dia’ boleh membawa kereta semasa malam kejadian.

Menurut budak lelaki itu, bukan dia yang bawa kereta pada ketika itu. Ada beberapa lelaki lain di dalam kereta itu yang terdiri daripada ‘Tok Wan’, ‘Pak Lang’ dan ‘Pak Cik’.

‘Tok Wan’ itu mempunyai badan berbulu serta panas, budak lelaki 6 tahun itu duduk di atas pangku riba ‘Tok Wan’ semasa kereta itu bergerak.

Apa yang diberitahu oleh kanak-kanak itu bukan sahaja membuatkan pihak polis ‘pening kepala’, orang dewasa yang lain pun turut ragu-ragu setelah mendengarkan kisah tersebut.



Dalam rakaman audio lain pula seorang lelaki meluahkan rasa pelik, memang tidak logik bagaimana seorang kanak-kanak mampu menurunkan handbrake yang berat, serta ubah kereta untuk keluar dari parkir.

Dalam screenshot yang tular itu, pihak polis dipercayai pergi ke rumah keluarga kanak-kanak itu dan mereka pun pelik bagaimana Toyota Vios yang berada di tengah-tengah antara dua kereta lain, boleh keluar daripada kawasan parkir — lebih-lebih lagi dipandu oleh seorang kanak-kanak?

Kisah itu masih terus menjadi misteri yang tidak boleh dirungkai dengan akal. Bagaimanapun ahli keluarga itu mengucapkan rasa syukur kerana kedua kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan teruk semasa kejadian berlaku. Vc

Tok Wan badan berbulu pandu kereta – Budak 6 tahun pandu kereta



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)



Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun



Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker