Bajet 2023 diawalkan perkara biasa – Ismail

Bajet 2023 diawalkan perkara biasa – Ismail

Pembentangan Belanjawan 2023 lebih awal dari tarikh yang dijadual merupakan perkara biasa, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata, keputusan sama pernah dibuat ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.



“Perkara biasa (awalkan pembentangan belanjawan), dulu zaman Pak Lah (Abdullah Badawi) buat bulan September,” katanya ketika ditemui media selepas
merasmikan Karnival Usaha Niaga Keluarga Malaysia di Odeon Walk, Kuala Lumpur.

Ismail berkata maklumat lebih lanjut berhubung keputusan kerajaan awalkan pembentangan Belanjawan 2023 akan diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terdahulu Berita Harian melaporkan Wan Junaidi mengesahkan Belanjawan 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober ini akan dibentang tiga minggu lebih awal.

Ia dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober ini, selepas diputuskan dalam mesyuarat Kabinet, hari ini.



Mengikut takwim di laman web Parlimen, mesyuarat ketiga penggal kelima dijadualkan bermula 26 Oktober hingga 15 Disember 2022.

Keputusan awalkan pembentangan belanjawan itu susulan desas-desus pembubaran Parlimen akan dilakukan dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15. FMT

Bajet 2023 diawalkan perkara biasa – Ismail


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]



Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker