Langgar lampu merah, pemandu Myvi disaman

Tangkap layar video memaparkan sebuah Perodua Myvi terbabas selepas melanggar lampu isyarat merah dekat persimpangan Jalan Meru Tambahan/Jalan Kempas pada Khamis.

KLANG – Tindakan lelaki melanggar lampu isyarat merah mengundang padah apabila kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar sebuah kenderaan lain dekat persimpangan Jalan Meru Tambahan/Jalan Kempas di sini pada Khamis.

Kejadian terbabit yang dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kereta itu turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati kereta jenis Perodua Myvi itu datang dari arah Pekan Meru menghala ke Puncak Alam sebelum bertindak melanggar lampu isyarat merah.

“Pemandu Perodua Myvi terbabit cuba mengelak ke kiri jalan daripada melanggar kenderaan dari arah bertentangan yang sedang membelok ke kanan.



“Bagaimanapun kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lagi kenderaan lain yang sedang berhenti di persimpangan terbabit,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, dua pemandu terlibat telah hadir membuat laporan polis berkaitan kejadian.

“Kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

“Pemandu Perodua Myvi terbabit kemudiannya disaman kerana melanggar lampu isyarat merah,” katanya.



Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya memandu secara berhemah dan mengutamakan peraturan jalan raya.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Elmyra Suriaty Abdol Latif di talian 013-3344141,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV



“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga



Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker