Majlis Tarian Ala Bogel: Pahit Tetapi Teguran Perlu Dibuat – Mohd Khairuddin [VIDEO]

Majlis tarian ala bogel: Pahit tetapi teguran perlu dibuat – Mohd Khairuddin

Majlis tarian ala bogel seharusnya tidak menjadi hidangan kepada pimpinan politik Muslim walaupun penganjurnya bukan Muslim, kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.

Katanya, majlis tersebut juga dilihat telah bercanggah dengan nilai ketimuran dan nilai masyarakat Malaysia.

“Di saat rakyat berhadapan dengan musibah dan diajak untuk bermunajat memohon keampunan kepada ALLAH agar dilepaskan daripada musibah COVID-19, apa yang berlaku mengguris sedikit perasaan rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, pada Ahad.



Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan beberapa wanita berpakaian seksi dan menari di hadapan pemimpin politik tertinggi Perikatan Nasional (PN) sewaktu Majlis Makan Malam dan Persembahan Tarian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), Johor Bahru.

VIDEO DIBAWAH:-

Mereka itu termasuk Pengerusi PN merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin meminta agar pihak terlibat segera tampil membuat permohonan maaf rasmi kepada rakyat kerana ia juga menjejaskan nama rakan kerjasama politik di saat kempen pilihan raya sedang hangat berlangsung.

“Pahit tetapi teguran perlu dibuat agar masyarakat dapat menilai prinsip PN yang jelas berkaitan Islam,” katanya.-SH



 

Majlis tarian ala bogel: Pahit tetapi teguran perlu dibuat – Mohd Khairuddin

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah



Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker