‘Jangan Kita Nafikan, Rakyat Masih Menyenangi Muafakat Nasional’ – Annuar Musa

‘Jangan Kita Nafikan, Rakyat Masih Menyenangi Muafakat Nasional’ – Annuar Musa

Ramai rakyat Malaysia masih menyenangi Muafakat Nasional (MN) di atas dasar kerjasama dan penyatuan yang dibawa oleh kerjasama politik tersebut, kata Ketua Bahagian UMNO Ketereh Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya masyarakat Melayu dan orang Islam khususnya, berasa senang hati apabila melihat pemimpin bermuafakat sesama mereka serta bersederhana dalam politik.



“Ramai suka dengan MN ini, itu jangan kita nafikan… bila tengok pemimpin bersederhana, bermuafakat jadi di bawah itu (penyokong) lebih ramai.

“Kalau kita melampau-lampau, nanti orang benci sebab itu hati rakyat kita kena baca,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Komuniti Keluarga Malaysia Zon Utara Johor di sini hari ini.

Annuar ditanya mengenai kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dua hari lepas yang mengatakan bahawa kerjasama politik antara parti itu dan Pas “biarlah diletakkan dalam satu lipatan yang tidak perlu dibuka lagi.”

Sehubungan itu, bekas setiausaha agung MN itu berkata beliau mengambil sikap terbuka dengan menunggu keputusan rasmi daripada UMNO, disamping menghormati pandangan yang diberikan oleh individu mengenai status gagasan itu.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata sebanyak 1,674 Komuniti Keluarga Malaysia telah ditubuhkan sehingga 17 Feb lepas.



Beliau berkata sebanyak 168 Komuniti Keluarga Malaysia telah ditubuhkan di Johor, melibatkan kesemua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

“Kerajaan amat berharap melalui penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia, dapat memperkasa keupayaan serta daya saing komuniti setempat dalam bidang sosio-ekonomi sejajar dengan perkembangan ekonomi digital,” katanya.– BERNAMA

‘Jangan Kita Nafikan, Rakyat Masih Menyenangi Muafakat Nasional’ – Annuar Musa

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker