Anak cef terkenal Britain peluk Islam

LONDON – Seorang anak cef terkenal Britain yang baru-baru ini dibebaskan dari penjara telah memeluk agama Islam bagi mengelakkan dirinya mengambil dadah, lapor portal berita MailOnlien hari ini.

Marco Pierre White Jr, 28, yang merupakan anak kepada cef terkenal , Marco Pierre White Snr. Dia berjanji tidak akan mengambil dadah lagi selepas membelanjakan lebih daripada £1 juta (RM530 juta) untuk pemulihan.

Marco  bebas selepas setahun dipenjarakan kerana melakukan kegiatan mencuri di kedai, memiliki pisau, memiliki heroin dan mendera seorang pengawal keselamatan pasar raya.



Namun, bintang Celebrity Big Brother itu berkata,  dia disokong oleh bapanya selepas menjadi seorang Muslim ketika  berjuang untuk kekal bersih’. Dia mula mengambil dadah pada usia hanya 13 tahun.

Dia kini merancang untuk menjadi seorang cef seperti bapanya.

Bercakap secara eksklusif kepada MailOnline, Marco yang bertatu tebal mengaku: “Lebih daripada £1 juta telah membazir kerana ketagihan saya. Tetapi, Islam telah membantu saya melalui segala-galanya”.

Menurutnya, dia telah menjalani pemulihan sebanyak 17 kali dan berada di penjara membuatkannya sedar bahawa sudah tiba masanya untuk tidak lagi menerima rawatan tersebut. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’



Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker