Kenapa pemain Harimau Malaya mudah terjatuh?

Kenapa pemain Harimau Malaya mudah terjatuh?

Di sebalik kekalahan 1-3 skuad Harimau Malaya di tangan Thailand di separuh akhir Piala AFF, timbul 1,001 persoalan khususnya mengapa pemain negara mudah terjatuh dalam perlawanan timbal balik di Stadium Thammasat, Bangkok, Selasa lalu.

Anak buah Kim Pan-gon yang bertandang dengan bekalan satu gol selepas menang 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Sabtu lalu, dilihat kerap terjatuh hingga menjejaskan momentum permainan sama ada ketika bertahan mahupun menyerang.



Situasi itu bukan saja menjadi topik perbualan peminat di media sosial, malah turut menarik perhatian pemerhati bola sepak tempatan iaitu Datuk Dr Pekan Ramli yang kehairanan mengapa pemain negara kerap terjatuh dalam perlawanan penting itu.

Katanya, walaupun mungkin faktor itu dilihat remeh oleh segelintir pihak, ia perlu diberi perhatian serius oleh barisan kejurulatihan skuad negara kerana boleh memberi kesan negatif kepada keyakinan dan mental pemain ketika beraksi.

Ujarnya, beberapa sebab mungkin menjadi punca antaranya penggunaan jenis ‘studs’ di kasut serta kecergasan pemain yang gagal menyaingi kepantasan pergerakan pemain Thailand hingga menyebabkan kerap jatuh.

“Selama (kelmarin) pun, saya nak berkata tentang benda ini, kenapa terjatuh dan terjatuh. Sebabnya adakah mereka (pemain negara) tidak sediakan dengan but yang ‘six studs’ dan sebagainya dalam permainan.



“Kita kena sentiasa bersedia dan tak boleh pakai but yang biasa dalam padang yang kita tak biasa. Tetapi saya tak nampak pemain Thailand kerap jatuh berbanding pemain kita.

“Jadi kita perlu tengok pelbagai aspek, mungkin dari segi kecergasan kalau berbanding corak permainan tempo mereka cukup laju, pantas dan tepat.

“Malah ketepatan hantaran yang orang kata begitu efektif ditunjukkan Thailand. Saya nampak pemain kita tak dapat mengikut rentak itu dan tidak dapat mengimbangi kelajuan corak permainan yang ditunjukkan pemain Thailand,” katanya.

Impian penyokong untuk melihat pasukan kendalian Pan-gon menamatkan badi 12 tahun menjulang Piala AFF berkecai selepas Malaysia tewas di separuh akhir menerusi agregat 1-3.



Biarpun ampuh sepanjang saingan di peringkat Kumpulan B dengan muncul naib juara di belakang Vietnam, skuad Gajah Perang yang juga juara bertahan nyata lebih tersusun dan mantap untuk melangkah ke final bagi membuat perhitungan dengan skuad Naga Emas.

Begitupun, Pekan memuji pencapaian skuad Harimau Malaya memandangkan pasukan itu kehilangan hampir 80 peratus tonggak utama yang tidak menyertai saingan itu.

“Pasukan kita 80 hingga 90 peratus pemain baharu yang terpaksa dibentuk oleh Pan-gon kerana tak ada pemain utama di negara kita. Jadi pencapaian ke peringkat separuh akhir ini saya kira harus berpuas hati.

“Kita harus memberikan pujian kepada pemain baharu yang mempamerkan semangat juang begitu tinggi sekali,” katanya yang memuji tindakan berani Pan-gon memberi peluang pemain muda membuktikan kemampuan, sekali gus memiliki kelompok pemain besar sebagai persediaan ke Piala Asia nanti. HM



Kenapa pemain Harimau Malaya mudah terjatuh?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras



Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker