Israel mengganas di Nablus

Israel mengganas di Nablus

Serangan tentera Israel membunuh 11 rakyat Palestin, termasuk seorang remaja, di Nablus, bandar di Tebing Barat yang diduduki Israel, pada Rabu.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, itu, lebih 80 rakyat Palestin cedera akibat ditembak dalam operasi ‘membanteras keganasan’ yang mencetuskan kebimbangan antarabangsa.



Pegawai tinggi Palestin, Hussein Al Sheikh mengutuk pencerobohan itu sebagai pembunuhan beramai-ramai dan menyeru perlindungan antarabangsa untuk rakyatnya.

Tentera Israel berkata, serbuan itu menyasarkan suspek di ‘sebuah pangsapuri persembunyian’ yang dituduh terbabit dalam insiden tembakan di Tebing Barat.

Tambahnya, tentera diserang tetapi tidak mengalami kemalangan jiwa.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata, keadaan di wilayah Palestin yang diduduki Israel adalah paling tegang dalam tempoh beberapa tahun kerana rundingan damai yang terhenti.



“Keutamaan segera kami adalah untuk mencegah, mengurangkan ketegangan dan memulihkan ketenangan,” kata Guterres kepada Jawatankuasa PBB untuk Menjalankan Hak-Hak Tidak Boleh Dipisahkan Rakyat Palestin.

Jumlah kematian melebihi serbuan tentera Israel di Jenin, bulan lalu, yang juga operasi Tebing Barat paling dahsyat sejak intifada kedua, antara 2000 hingga 2005.

Tentera Israel berkata, salah seorang suspek dikehendaki yang melarikan diri dari bangunan itu dineutralkan bersama dua lagi.

“Suspek dan tentera Israel berbalas tembakan, malah terdapat juga roket dilepaskan ke atas rumah oleh tentera,” kata jurucakap Richard Hecht memberitahu wartawan.



Menurut tentera Israel, batu, bahan letupan dan bom botol dilemparkan ke arah tentera.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, mereka yang terbunuh di Nablus, berumur antara 16 dan 72 tahun.

Beberapa jam selepas serbuan, kementerian mengumumkan kematian seorang lelaki berusia 66 tahun akibat terhidu gas pemedih mata.

Seramai 82 orang lagi dimasukkan ke hospital dengan kesan tembakan, kata pegawai kesihatan Palestin. HM



Israel mengganas di Nablus

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?



Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker