Anwar bidas manifesto PN ‘100,000 peluang kerja dalam 30 tahun’

Anwar bidas manifesto PN ‘100,000 peluang kerja dalam 30 tahun’

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas ikrar Perikatan Nasional mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan di Kedah dalam tempoh 30 tahun, sambil menyatakan rakyat memerlukan pekerjaan sekarang.

Anwar menyindir PN kerana syarikat besar seperti Geely Holding Group, Tesla, Starlink, dan Saudi Aramco mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia dan memerlukan puluhan ribu pekerja berkemahiran segera.



“Syarikat besar yang datang ini memerlukan puluhan ribu tenaga (kerja) bukan seperti mana unjuran PN untuk 30 tahun akan datang, tidak. Ini tahun ini dan tahun depan.

“Itu beza kita dengan mereka…Kita kata ‘no no immediately’ sebab pengangguran dan ekonomi harus dipacu sekarang,” katanya dalam ucapan di Persidangan Ekonomi Kebangsaan Malaysia Ke-16 di Universiti Kebangsaan Malaysia du Seberang Jaya.

Pada Khamis, PN Kedah dalam manifesto mahu mewujudkan 100,000 peluang kerja berkemahiran tinggi sekiranya berjaya mengekalkan kuasa pada PRN 12 Ogos.

Dalam manifesto itu, gabungan itu berkata, peluang itu disediakan melalui projek berimpak tinggi seperti Kedah Rubber City (KRC), Kedah Aerotropolis, Zon Ekonomi Sempadan Khas Delapan, Taman Sains dan Teknologi Kedah serta Taman Teknologi Tinggi Kulim.



Tamat miskin tegar tahun ini

Dalam perkembangan berasingan di Bertam, Anwar menyatakan kebimbangan berhubung jumlah isi rumah miskin.

Beliau yang juga menteri kewangan, berkata ada keluarga dalam kalangan miskin tegar tidak mampu membeli susu atau pakaian seragam sekolah untuk anak-anak.

“(Anda) boleh cakap apa sahaja, anda boleh sindir saya sebanyak mana anda mahu, tapi saya tidak akan berganjak. Saya akan noktahkan kemiskinan (tegar) penghujung tahun ini,” katanya.



Sebelum ini, perdana menteri berkata usaha menoktahkan kemiskinan tegas menjadi keutamaan utama, sambil menambah Putrajaya tidak boleh melaksanakan projek berskala besar dengan meminggirkan kumpulan miskin tegar. FMT

Anwar bidas manifesto PN ‘100,000 peluang kerja dalam 30 tahun’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen



Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker