Shahidan jadi ejen propaganda Bersatu dalam UMNO

Shahidan jadi ejen propaganda Bersatu dalam UMNO

Keputusan UMNO Bahagian Arau yang mencadangkan agar UMNO dan Barisan Nasional (BN) Melaka bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dibuat atas kapasiti peribadi ketuanya, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Perkara itu disahkan sendiri Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau, Syed Atif Syed Abu Bakar sambil membidas sikap bosnya itu yang didakwa lebih menyebelahi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).



“Nak buat kenyataan apa pun, kena tengok ‘bin’ dulu… Arau bin Perlis… bukan ‘bin’ Melaka.. Jauh sangat melangkau nak masuk campur hal orang.

“Sebagai AJK (Ahli Jawatankuasa ) UMNO Bahagian Arau, saya mengesahkan bahawa tiada perbincangan dalam perkara ini. Cadangan ini hanya bersifat individu dan tidak sama sekali melibatkan UMNO Bahagian Arau… Tak habis-habis nak jadi ejen propaganda Bersatu dalam UMNO,” katanya menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Terdahulu Shahidan melalui laman Facebook rasminya mendakwa UMNO Bahagian Arau mencadangkan agar UMNO dan BN Melaka bekerjasama dengan Bersatu dan Pas dalam PRN Melaka pada 20 November ini.

Menurut Shahidan, kemenangan akan dicapai dengan cemerlang melalui kerjasama dan perpaduan wajib bagi UMNO Melaka.



“Pendekatan secara solo adalah tidak wajar..itu sahaja,” katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, Syed Atif juga menasihatkan Shahidan supaya percaturan politik perlu diserahkan ibu pejabat UMNO Malaysia atau Badan Perhubungan UMNO Negeri.

“Datuk Seri (Shahidan) boleh Whatsapp Pengerusi Perhubungan untuk berikan pandangan dan cadangan secara dalaman. Jika semua ketua bahagian nak campur tangan hal tempat lain dengan sesuka hati, ianya akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli dan pimpinan,” katanya.

Menurutnya, sekiranya tindakan itu terus dilakukan secara terbuka, ia hanya akan menimbulkan polemik hingga menyebabkan ada pihak akan menuntut penjelasan.



“Lebih panjang penjelasan, lebih banyaklah perbahasan; dan akhirnya, strategi parti untuk berhadapan dengan PRN Melaka akan terdedah,” katanya lagi. MG

Shahidan jadi ejen propaganda Bersatu dalam UMNO


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker