Anwar, Jangan Ambil Jalan Singkat Atas Nama Strategi– Rafizi Ramli

Anwar, Jangan Ambil Jalan Singkat Atas Nama Strategi– Rafizi Ramli

Rafizi Ramli meminta Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  tidak mengambil jalan singkat dengan memilih wakil rakyat yang melompat parti sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ini setelah Pakatan Harapan (PH) dilihat seolah-olah mengalu-alukan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Namun, bagi Rafizi yang merupakan Naib Presiden PKR, beliau menyifatkan PKR yang selama ini menolak wakil rakyat melompat parti, tidak seharusnya menerima golongan itu tanpa memikirkan kesannya.

“Pandangan saya, sebagai pengundi dan orang lama parti, menerima watak-watak yang dipandang serong oleh rakyat kerana tindakan tidak berprinsip mereka selama ini adalah satu kesilapan yang menghakis keyakinan rakyat,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya.

Justeru, beliau berpendapat, keempat-empat wakil rakyat itu tidak sewajarnya menjadi sebahagian daripada strategi untuk memenangi PRN Melaka.

“Janganlah ambil jalan singkat atas nama strategi,” katanya sambil menujukan perkara itu kepada akaun Twitter milik Anwar.

Anwar, Jangan Ambil Jalan Singkat Atas Nama Strategi– Rafizi Ramli


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiga pegawai kanan SPRM disyaki ditahan?

Sajat punya hal, adik jadi mangsa

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker