Lepak Dalam Kafe Memang Seronok Tapi Janganlah Buat 5 Perkara Ini Pula

Sebaran :

Lepak Dalam Kafe Memang Seronok Tapi Janganlah Buat 5 Perkara Ini Pula

KERAJAAN telah membenarkan individu yang lengkap dua dos vaksinasi untuk merentas negeri, melakukan aktiviti riadah dan juga ‘dine-in’ di restoran berkuat kuasa pada 10 Ogos 2021.

Sudah semestinya kafe-kafe yang berkonsepkan seperti gaya urban, English style dan retro moden menjadi pilihan utama untuk bersosial bersama kawan-kawan terutama sekali golongan muda.

Bahkan ada yang menjadikan kafe ini sebagai tempat mereka mengambil gambar kerana biasanya hiasan dalamannya yang menarik.



Kebiasaanya mereka akan membawa komputer riba atau tablet untuk menyelesaikan tugasan kerana konsepnya santai membolehkan mereka lebih fokus ditemani bau haruman kopi yang menenangkan.

Walapun kafe ini bersifat santai, tetapi ada lima perkara yang perlu anda ingat ketika berkunjung ke kafe-kafe hipster ini.

2c34

1. Mengharapkan ruang melakukan kerja anda secara ‘percuma’

Walaupun kafe-kafe ini menyediakan meja dan kerusi dengan kuantiti banyak tetapi kita jangan ambil kesempatan dengan duduk dan tidak memesan makanan atau minuman sehingga berjam-jam di kedai kopi tersebut.

coffeemorningglass

2. Pilih kerusi dan meja yang bersesuaian dengan kuantiti orang

Jika anda datang berdua, duduk di set bangku lebih kecil jadi ia akan memberi peluang untuk pengunjung dalam kuantiti yang banyak untuk duduk di set bangku tersebut.



6

3. Tidak sabar dengan barista atau menunggu untuk makanan sampai

Kebiasaannya kafe-kafe akan mengambil pekerja dalam kuantiti yang lebih kecil berbanding gerai makan biasa jadi proses menyiapkan makanan lebih lama.

Makanan yang disediakan juga lebih berkualiti jadi anda haruslah bertoleransi dalam menunggu hidangan sampai.

DqyKWFFX4AAoIs1

4. Membuat bising ketika berbual dengan kawan-kawan

Kita tahu bahawa kafe adalah tempat umum tetapi kita mestilah menjaga suasana untuk tidak membuat bising dengan menghormati orang lain juga yang berada di dalam kedai kopi itu.

Seeloknya sila gunakan ‘earphone’ jika anda ada Zoom atau Google meeting.



Menjaga bahasa yang dituturkan juga mesti menjadi keutamaan bagi menghormati pengunjung lain malah kita sendiri telah diajar untuk berbahasa dengan baik kerana budi bahasa budaya kita.

Ace-Hotel-Lobby-London

5. Jangan terlalu friendly dengan semua orang di dalam kafe

Selalu kita lihat yang datang ke kafe seperti ini berseorangan tanpa orang lain bersama mereka di meja kerana mereka mahukan sedikit privasi atau me time.

Jadi kita tidak perlu bersikap peramah dengan menghormati masa mereka.

Cukup sekadar berikan senyuman atau sapaan sahaja jika bertembung atau bertentang mata dengan mereka.

Lepak Dalam Kafe Memang Seronok Tapi Janganlah Buat 5 Perkara Ini Pula


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiga pegawai kanan SPRM disyaki ditahan?

Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang


Sebaran :

Leave a Reply