MetMalaysia beri amaran ‘gelombang haba’ tahap 2 di Pokok Sena

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap dua iaitu gelombang haba di Pokok Sena, Kedah.

MetMalaysia dalam satu hantaran di laman sosial, Facebook memaklumkan, 17 kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan amaran cuaca panas tahap satu dan lapan daripadanya di Kedah iaitu Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang dan Yan.

Menurut kenyataan berkenaan, empat kawasan di Pulau Pinang iaitu di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Timur Laut dan Barat Daya.



Sementara itu, tiga lagi kawasan di Perak (Kuala Kangsar, Kerian dan Larut Matang) dan satu di Selangor (Sepang).

Tambah MetMalaysia, terdapat satu kawasan di Sabah dan Sarawak yang berada pada tahap berjaga-jaga iaitu di Beaufort dan Limbang.

Jelas kenyataan itu, tahap gelombang haba berlaku apabila suhu maksimum harian mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

“Tahap berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.



“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya pada Rabu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar



Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker