Coldplay akhirnya tiba, Chris Martin dilihat sujud dan cium bumi Malaysia

VOKALIS kumpulan Coldplay, Chris Martin dilihat bersujud sebaik menjejakkan kaki ke Malaysia.

Aksi yang dikongsikan pengendali akaun @myjienaaaa awal pagi tadi telah tular dan menarik perhatian ramai.

“Chris Martin sampai Malaysia dah! Siap sujud cium Tanah Malaysia.



“Lelaki ini sangat wow!!! Jumpa malam ini Coldplay. Tolong berkelakuan sopan seperti kami,” tulisnya.

Coldplay akan mengadakan konsert malam ini.
Coldplay akan mengadakan konsert malam ini.

 

Menerusi video yang berdurasi 25 saat tersebut, penyanyi berusia 46 tahun itu dilihat terus bersujud dan mencium tanah sebaik turun daripada tangga pesawat.

Bagaimanapun, peminat setia penyanyi itu menyifatkan tindakan Martin itu bukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan.



Menurut laporan media di Indonesia, Martin pernah melakukan perkara serupa sebelum meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta.

Rata-rata peminat setia penyanyi itu meluahkan rasa teruja untuk menyaksikan persembahan Coldplay di Stadium Bukit Jalil malam ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel



Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker