Tawar khidmat GRO warga, pusat hiburan kantoi

Seramai 15 wanita dan dua lelaki berperwatakan wanita warga Thailand antara 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Jalan Dr Lim Chwee Leong, di sini pada Selasa.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi pada jam 10.30 malam itu hasil daripada aduan awam dan risikan pihaknya berkenaan kegiatan pusat hiburan yang menawarkan wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO).

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, sebilangan warga asing telah melarikan diri dengan naik ke tingkat atas premis dan bersembunyi dalam stor di tingkat dua.



“Stor ini agak gelap serta dipenuhi oleh barang-barang perabot dan barangan elektrik yang telah rosak.

“Pegawai serbuan terpaksa menyelongkar di celah-celah timbunan perabot yang rosak bagi mengesan kesemua suspek sehingga mereka berjaya ditahan dan ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ruslin berkata, seramai 32 orang individu telah diperiksa dan daripada jumlah itu seramai 22 orang warga asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan yang diadakan pada malam Selasa.

Katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada lima wanita warganegara Vietnam, 15 wanita warganegara Thailand dan dua orang lelaki warganegara Thailand yang berpakaian serta perwatakan wanita.



Beliau berkata, siasatan awal di lokasi serbuan mendapati pusat hiburan ini menawarkan GRO wanita asing untuk melayan dan sebagai teman pelanggan berhibur.

“Pelanggan perlu membeli selempang berharga dari RM100 hingga RM300 untuk dihadiahkan kepada GRO yang dipilih.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah menyalahgunakan Pas Jangka Panjang, menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963

“Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Imigresen Juru, Pulau Pinang untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah



‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?



Nak maki sampai bila – Ali Puteh



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker