Syaiful, Sharif beri saingan sengit di Famili Duo 3

Syaiful, Sharif beri saingan sengit di Famili Duo 3

Sejak diumumkan sebagai duo keenam yang bertanding pada program Famili Duo musim ketiga (FD3) pasangan adik-beradik Syaiful dan Sharif sering mendapat perhatian.

Bahkan Sharif dalam persembahan pengenalan minggu pertama FD3 yang disiarkan secara langsung di TV3 berkata mereka mahu membuktikan kemampuan untuk menyanyi selain berlakon dan sebagai pelawak.



Begitupun cabaran dilalui bakat dari Borneo ini bukan mudah ditambah dengan saingan sengit daripada peserta yang bertanding.

Kreativiti peserta juga di pentas persembahan setiap minggu cukup mengagumkan dan berjaya membuatkan penonton terhibur.

Mas Idayu (Mummy) selaku juri sangat suka dengan persembahan duo Syaiful dan Sharif dan memberi 8 markah tetapi tidak berpuas hati dengan tempo nyanyian mereka yang tidak konsisten.

Mummy pesan supaya mereka lebih fokus kepada persembahan yang akan datang. Pada masa yang sama, vokal dan nyanyian perlu jelas bagi mudah difahami.



“Persembahan Syaiful dan Sharif begitu klise yang kita boleh jangka dan boleh predict.” Itu ayat yang keluar dari mulut Ajai selaku juri tetap.

Ajai mahu melihat persembahan yang lebih kreatif daripada mereka dan pada masa sama mereka perlu menjaga vokal supaya tidak lari tempo.

Menurut Sharif, dia memang selalu menyanyikan lagu Hindustan dan sentiasa berusaha tampil dengan persembahan terbaik di pentas itu.

“Saya memang dah terbiasa dari kecil sebab kawasan kampung saya itu memang ramai peminat lagu Bollywood, jadi hari-hari kedengaran lagu Bollywood dan secara automatik kita hafal.



“Selain saya, Syaiful dan Atu pun boleh nyanyi lagu Hindustan. Jadi, proses menghafal itu memang semula jadi sebab kami sangat minat lagu-lagu Bollywood termasuk keluarga kami.” katanya.

Mengenai persediaan bagi tema idola atau legenda pada persembahan Ahad ini, Syaiful berkata mereka akan berusaha melakukan yang terbaik.

“Kami ingin mempersembahkan lagu-lagu yang hype dan meriah untuk membuatkan penonton terhibur terutamanya juri.

Bagi kami tema idola atau legenda ini sedikit sukar. Namun, kami menganggapnya sebagai cabaran baharu dan kami janji akan buat yang terbaik nanti.” katanya.



Duo adik-beradik ini ternyata memberikan saingan sengit kepada pasangan duo yang lain, Malahan, persembahan mingguan mereka konsisten dan menghiburkan.

Namun, mereka gagal meyakinkan kedua-dua juri untuk merangkul gelaran Duo Terbaik sekali lagi. Kesungguhan Syaiful dan Sharif memberikan hasil yang positif apabila mereka berjaya menduduki tangga kedua di carta keseluruhan (4 minggu) dengan markah terkumpul sebanyak 206.10 markah selepas Haqiem dan Ariff yang memperoleh 216.7 markah.

Gunakan hashtag #FamiliDuo untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media dan teruskan mengundi duo selebriti kegemaran anda di pentas persembahan Famili Duo seterusnya Ahad ini jam 9 malam di TV3. HM

Syaiful, Sharif beri saingan sengit di Famili Duo 3



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa



Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras

Bersatu sudah jadi Berpecah

Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker