Shafee antara calon kerusi Majlis Peguam

Shafee antara calon kerusi Majlis Peguam

Percubaan peguam terkemuka Shafee Abdullah bertanding pemilihan

Majlis Peguam bagi penggal akan datang, menimbulkan persoalan sama ada beliau turut mengintai jawatan presiden.



Seramai 39 calon memfailkan kertas pencalonan untuk 16 kerusi yang akan dipilih bagi penggal 2024/2025. Presiden akan dipilih dalam kalangan mereka pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Badan Peguam pada Mac 2024.

Seorang peguam senior berkata Shafee, ahli majlis bagi penggal 2006/2009 itu, mungkin mengintai jawatan presiden berikutan perbalahannya dengan kepimpinan majlis yang berterusan selama beberapa tahun.

Ketika dihubungi, Shafee tidak menafikan dakwaan bahawa beliau lambat laun mungkin cuba merebut jawatan tertinggi dalam majlis itu. “Kita tak boleh ramal masa depan,” katanya kepada FMT.

Pada 2021, Badan Peguam menerima dan menerbitkan usul mengenai kelakuan Shafee, yang mengadakan jerayawara pada awal 2015 mengenai sabitan Liwat II ketua pembangkang ketika itu, Anwar Ibrahim.



Usul itu sepatutnya dibahaskan pada AGM Majlis Peguam pada Mac tahun itu, tetapi terhalang selepas Shafee memperoleh injunksi.

Pada Oktober 2021, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Badan Peguam sepatutnya membuat aduan berhubung kelakuan Shafee sebelum membentang dan menerbitkan usul terhadapnya.

Berikutan rayuan pada 2022, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan awalnya bahawa Badan Peguam melanggar kewajipan statutorinya terhadap Shafee dan beliau berhak mendapat ganti rugi yang dinilai oleh Mahkamah Tinggi.

Pada pemilihan akan datang, Badan Peguam berkata, bilangan calon menunjukkan peningkatan ketara, daripada 27 tahun lepas kepada 39 tahun ini, mencatatkan angka tertinggi dalam sejarah Badan Peguam.



Kira-kira 21,590 ahli layak mengundi pada pemilihan tersebut.

Mereka mempunyai masa sehingga 30 Nov untuk mengembalikan kertas undi pos dan keputusan akan diumumkan pada hari berikutnya. FMT

Shafee antara calon kerusi Majlis Peguam

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa

Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras



Bersatu sudah jadi Berpecah

Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker