Bekas pengarah Kemas dijatuhi penjara setahun, denda RM10.8 juta kerana rasuah

Bekas pengarah Kemas dijatuhi penjara setahun, denda RM10.8 juta kerana rasuah

Bekas pengarah pembangunan komuniti Selangor, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) diperintah memulakan hukuman penjara setahun, bermula hari ini, atas kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram.

Adnan Md Daud, 59, juga dikenakan denda berjumlah RM10.8 juta selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan pendakwaan terhadap pembebasannya, pada 2018.



Dia berdepan tuduhan rasuah bernilai RM86,000 dan RM68,000 untuk melantik beberapa syarikat membekalkan susu tepung dan barang lain kepada pusat penjagaan kanak-kanak Permata.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan bersidang yang dipengerusikan Hakim Hanipah Farikullah, mengekalkan rayuan dibuat pendakwaan dan membatalkan pembebasannya.

Waran komital untuk menghantar Adnan ke penjara berkuat kuasa, hari ini, memandangkan tiada lagi jalan untuk melakukan rayuan.

Mahkamah Rayuan mendapati tertuduh menerima RM86,000, pada 2015, dan RM68,000, pada 2017, daripada ahli perniagaan Sah Hizam Halim untuk syarikatnya membekalkan tepung susu, tepung susu coklat dan pelbagai barang kepada pusat penjagaan kanak-kanak Permata.



Dia turut berdepan tuduhan menggunakan RM159,000, dipercayai hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang untuk membayar rumah berkembar dua tingkat, di Setia Alam, Selangor.

Adnan dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM350,000 atau tiga bulan penjara, bagi pertuduhan pertama kerana menerima suapan dan penjara setahun dan denda RM450,000 atau tiga bulan penjara bagi pertuduhan kedua.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM10 juta atau penjara 12 bulan, bagi dua pertuduhan pengubahan wang haram.

Hanipah, yang bersidang bersama Hakim Ahmad Nasfy Yasin dan Hakim Nordin Hassan, memerintahkan hukuman penjara secara serentak.



Adnan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, pada 2018, pada penutupan kes pembelaan. Rayuan pendakwaan di Mahkamah Tinggi gagal dan rayuan seterusnya dibuat ke Mahkamah Rayuan yang menghasilkan keputusan hari ini.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke dan Aida Khairuleen Azli, manakala Hasznal Rezua Merican mewakili Adnan. FMT

Bekas pengarah Kemas dijatuhi penjara setahun, denda RM10.8 juta kerana rasuah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura

Hulk Hogan berdikir barat (Video)



‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker