Jualan mercun sempena Tahun Baharu Cina dijangka meningkat

KUALA LUMPUR: Rata-rata peniaga menjangkakan jualan mercun dan bunga api pada sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih ‘rancak’ susulan keputusan kerajaan membenarkan penjualan nyala api itu secara sah.

Tahun Baharu Cina kali ini juga diramal lebih meriah kerana orang ramai tidak lagi gusar atau ragu untuk bermain atau membakar mercun dan bunga api menjelang perayaan itu.

Tinjauan Bernama di sekitar Jalan Kepong Baru, Kepong di sini mendapati sudah ramai peniaga mendirikan gerai di bahu jalan yang menawarkan pelbagai mercun dan bunga api.



Terdapat lebih 40 jenis bunga api dan mercun dijual di hampir setiap gerai dengan harga yang diselaraskan antara RM10 sehingga RM900, mengikut jenis, bilangan dan saiz.

Bagaimanapun para peniaga mengakui penjualan mercun setakat ini belum serancak seperti diinginkan kerana kebiasaannya pelanggan keluar membeli pada saat akhir.

“Sambutan sekarang masih belum ‘panas’. Masih ada seminggu lagi untuk sambut Tahun Baharu Cina. Cina Malaysia punya stail, beli biasanya saat akhir ataupun tiga hari sebelum sambut Tahun Baharu Cina baru keluar beli barang.

“Ataupun mungkin sekarang ada sesetengah daripada mereka belum dapat gaji atau bonus,” kata seorang peniaga mercun dan bunga api, Lee Poh Ann, 44.



Bagi Derrick Chan, 49, beliau yakin hasil jualan mercun dan bunga api pada tahun ini akan meningkat kerana urusan permit dan perlesenan untuk peniaga mercun dan bunga api kali ini lebih mudah.

“Saya sudah ada permit, sudah mohon dengan polis. Saya dah jual mercun dan bunga api lebih dari 10 tahun dekat sini. Kebanyakan pelanggan saya ialah pelanggan tetap.

“Saya rasa akan untung banyak ini kali. Tapi berniaga kena tengok cuaca juga. Kalau musim panas seperti masa sekarang oklah, tapi kalau hujan susah sikitlah,” katanya.

Pada Februari tahun lepas, Kabinet membuat keputusan membenarkan jualan mercun dan bunga api mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.



— BERNAMA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN

Akim diganggu perempuan miang nak menyondol



Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut

Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker