‘Wang lebih RM7 juta dalam e-Walet hasil pelaburan tiba-tiba hilang…’

Seorang pesara berusia 67 tahun kerugian RM717,050 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kejadian berlaku ketika mangsa yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan sebelum ini, melihat iklan pelaburan di laman sosial ketika berada di rumah pada 22 Mei lalu.

Katanya, mangsa menghubungi ejen syarikat terbabit yang kemudian memaklumkan operasi perniagaan mereka berpangkalan di Paris, Perancis.



“Mangsa yang berminat dengan pelaburan itu diberikan satu pautan di laman web untuk muat turun aplikasi pelaburan berkenaan.

“Mangsa kemudian membuka satu akaun dalam aplikasi terbabit bagi tujuan pelaburan selepas membaca syarat diberikan menerusi aplikasi itu.

“Pada 13 Julai lalu, mangsa membuat pindahan wang RM8,000 ke dalam akaun yang diberikan bagi pengaktifan e- Walet dan juga sebagai modal pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata, mangsa menambah modal pelaburan keseluruhan sebanyak RM717,050 selepas melihat wang AS$14,985 dikreditkan dalam akaun e-Walet miliknya pada peringkat awal pelaburan berkenaan.



“Mangsa melakukan 17 transaksi ke dalam 10 akaun bank berbeza dan diminta menunggu selama dua bulan untuk tempoh matang.

“Kelmarin, mangsa melihat wang dalam e-Walet pada laman web itu bertambah menjadi AS$1.5 juta @ RM7 juta ,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian cuba memindahkan wang itu ke dalam akaun bank miliknya tetapi gagal menyebabkan dia menghubungi pihak syarikat terbabit.

Katanya, pihak syarikat itu meminta mangsa memasukkan lagi wang sebanyak RM300,000 sebagai cukai pindahan wang, tetapi mangsa tidak berbuat demikian.



“Pada kira-kira jam 9 malam semalam, mangsa mendapati akaun e-Waletnya kosong dan aplikasi terbabit juga tidak dapat diakses lagi kerana disekat pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

“Semakan dengan pihak BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) mendapati pelaburan itu tidak mendaftar dengan BNM,” katanya.

Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim menerima laporan polis daripada mangsa hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?



PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah



Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker