Manchester City akhirnya rampas tangga teratas

MANCHESTER – Juara bertahan, Manchester City ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila membelasah Southampton 4-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Tiga mata di Stadium Etihad itu adalah kemenangan keenam berturut-turut dalam semua kejohanan sejak The Citizens seri 1-1 dengan Aston Villa awal bulan lalu.

Dalam aksi itu, City membuka tirai jaringan menerusi pemain pertahanan kanan, Joao Cancelo pada minit ke-20 sebelum Phil Foden menggandakan kedudukan berselang 12 minit kemudian.



Skuad bimbingan Pep Guardiola itu menambah gol ketiga melalui Riyad Mahrez (m-49) sebelum Erling Haaland memastikan kemenangan 4-0 pada minit ke-65.

HAALAND meledak gol peribadinya yang ke-15 dalam sembilan perlawanan EPL musim ini. – AFP

Biarpun gagal meledak hatrik buat kali keempat berturut-turut di laman sendiri tetapi ia adalah jaringan peribadinya yang ke-15 dalam sembilan perlawanan EPL musim ini.

Kemenangan itu menyaksikan City melonjak ke tangga teratas buat seketika menerusi kelebihan dua mata ke atas Arsenal yang masih kekurangan satu perlawanan.

The Gunners akan kembali merampas takhta pendahulu sekiranya menang ke atas Liverpool di Stadium Emirates malam esok. – AGENSI



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker