Lebih 75 kambing mati diserang harimau kumbang

Lebih 75 kambing mati diserang harimau kumbang

KUANTAN: Serangan harimau kumbang sejak dua minggu lalu didakwa menyebabkan kematian lebih 75 kambing peliharaan dua penternak di Kampung Batu Hitam di sini.

Harimau berkenaan dipercayai menyerang dan membunuh kambing yang dilepas bebas dan berada dalam kandang selama beberapa malam.



Seorang penternak, Wan Mohd Suffian Wan Mohmad, 47, mendakwa menanggung kerugian kira-kira RM24,000 apabila 30 kambing baka Boer peliharaannya mati diserang harimau kumbang sejak dua minggu lalu.

Katanya, lebih 20 ayam ternakannya turut menjadi mangsa harimau kumbang terbabit.

“Mulanya saya sangka perbuatan anjing liar sebab pernah berlaku.

“Apabila pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang mengesahkan kematian kambing disebabkan harimau kumbang selepas melihat tanda dan punca kematian, maknanya ayam saya turut menjadi mangsa.



“Serangan pertama membabitkan 21 kambing. Saya terkejut melihat ternakan yang dibiar bebas mati beberapa meter dari kawasan kebun.

“Harimau kumbang dipercayai menyerang pada waktu malam ketika kambing keluar mencari makan.

“Ini diikuti serangan kedua beberapa hari berikutnya, kali ini harimau kumbang menceroboh kandang kambing untuk menangkap dan membunuh sembilan lagi kambing.

“Saya mempunyai tiga anjing baka Rottweiler untuk mengawal kebun tetapi pada malam kejadian, anjing saya bagai tidak dapat menghalang kehadiran harimau kumbang menyerang ternakan,” katanya di sini, semalam.



Wan Mohd Suffian yang lebih 20 tahun menternak kambing, kini hanya mempunyai enam kambing.

Serik dengan apa yang berlaku, beliau menempatkan ternakannya dalam kandang bersama seekor anjing manakala unggun api turut dipasang untuk menakutkan harimau kumbang.

Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Pahang, Rozidan Md Yasin, berkata pihaknya menerima aduan serangan harimau kumbang daripada penternak kambing pada 17 Julai lalu.

Beliau berkata, PERHILITAN memasang perangkap dengan umpan kambing pada Rabu lalu, selain kamera untuk pemantauan haiwan liar yang mungkin berkeliaran. BH



Lebih 75 kambing mati diserang harimau kumbang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot



Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil

Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes



Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker