Perodua Bezza rosak selepas 8 jam dibeli kerana gula?

Kerani tuntut keadilan.

Perodua Bezza rosak selepas 8 jam dibeli kerana gula?

Kegembiraan memiliki kereta yang baharu dibeli, bertukar menjadi mimpi ngeri buat seorang kerani apabila Perodua Bezza yang dibelinya itu rosak dalam tempoh tidak sampai lapan jam.

Lebih malang, Nagakanni Subramaniam terpaksa membayar pinjaman bulanan ‘kereta baharunya’ itu sebanyak RM537 sebulan, walaupun kenderaan itu kini tersadai di pusat servis.



Nagakanni, 31, berkata beliau membeli kereta itu dari sebuah pusat jualan kenderaan di Segamat, jam 11 pagi, pada 17 Oktober lalu.

Beliau berkata, kira-kira lapan jam kemudian ketika mahu menghidupkan kereta pada jam 7.40 malam, kenderaan itu tidak dapat dihidupkan.

“Pada 18 Oktober, kereta saya dibawa ke pusat servis di Segamat dan mekanik di sana memaklumkan bahawa enjinnya telah rosak.

“Berikutan kejadian itu, saya memohon mendapatkan gantian kereta baharu sebelum diminta menunggu keputusan dari ibu pejabatnya yang memerlukan tempoh dua minggu hingga sebulan.



“Pada 9 November pula, individu dikenali sebagai Suffian dari ibu pejabat Perodua menghubungi saya, memaklumkan berdasar siasatan awal, enjin kereta itu rosak disebabkan ada benda asing seperti gula dan menyatakan bahan itu tidak digunakan oleh pengeluar kereta itu,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Nagakanni mendakwa, dia tidak pernah membawa sebarang makanan atau gula di dalam tempoh lapan jam selepas menerima kereta itu apatah lagi mengusik bahagian enjin kenderaan tersebut.

Bercerita lanjut, Nagakanni berkata, dia sekali lagi dihubungi Sufian itu dan dimaklumkan untuk membuat pinjaman baharu bagi mendapatkan kereta yang baharu, pada 15 November lalu.

“Saya kata saya boleh buat pinjaman baharu hanya selepas dia selesaikan pinjaman lama saya terlebih dahulu kerana sehingga hari ini saya masih bayarkan pinjaman kereta yang rosak itu.



“Namun pada 4 Disember, jurujual dari pusat jualan di Segamat meminta dokumen daripada saya untuk membuat pinjaman kedua tetapi saya menolak permintaan itu kerana pinjaman pertama saya masih belum diselesaikan.

“Sejurus itu pada 8 Disember, khidmat pelanggan memberitahu bahawa cadangan akhir belum dipersetujui dan ibu pejabat sedang menyelidik kesilapan dalaman dan mereka belum boleh beri persetujuan hitam putih untuk tukar kereta saya dengan yang baharu,” jelasnya.

Nagakanni berkata, sehingga kini dia masih belum menerima sebarang jawapan daripada pengeluar kereta itu walaupun tempoh telah melebihi dua bulan.

“Saya masih perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Saya harap sangat kawan-kawan di Facebook berkongsikan ‘posting’ ini supaya dapat diselesaikan isu ini.



“Saya hanya lawan untuk mempertahankan hak saya,” tegas Nagakanni. BH

Perodua Bezza rosak selepas 8 jam dibeli kerana gula?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium



Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker