Anak bekas Presiden PAS cabar Hadi arah gantung kuasa Lembaga Pengampunan di negeri PAS

Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah Faiz Fadzil membidas Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mempertikaikan hak Lembaga Pengampunan untuk mengampunkan pesalah kes jenayah.

Kata Faiz, Abdul Hadi sengaja membangkitkan isu ini untuk memfitnah parti pemerintah atas nama sentimen agama.

Justeru, Faiz mencabar PAS mengusulkan pemansuhan kuasa Lembaga Pengampunan di Dewan Undangan Negeri bagi Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah yang ditadbir parti itu.



“Kenyataan presiden PAS yang mempertikaikan kuasa Raja-raja Melayu ini menunjukkan suatu usaha PAS untuk merungkai perlembagaan.

“Abdul Hadi sendiri sedar bahawa Lembaga Pengampunan adalah kuasa yang diberikan kepada Yang Di Pertua Agong bagi kesalahan dilakukan di Wilayah Persekutuan dan kepada Sultan ataupun Raja bagi negeri.

“Maksudnya, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah yang memegang dua per tiga majoriti sepatutnya membuat satu usul di DUN masing-masing menggesa peruntukan perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa pengampunan kepada Raja di negeri masing-masing dimansuhkan dan menggantung pelaksanaan kuasa pengampunan tersebut jika PAS jujur dengan perjuangan Islam,” katanya.

Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Agong “memberi ampun tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang Dipertua Negeri sesuatu negeri berkuasa memberikan ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam negerinya”.



Terdahulu  Abdul Hadi berkata, cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah adalah tidak sesuai dengan ajaran Islam.

Menurutnya, pihak yang berhak memberikan pengampunan ialah ahli keluarga seseorang yang menjadi mangsa jenayah, bukannya lembaga pengampunan.

Mengulas lanjut, Faiz berkata “dakyah baru” PAS itu adalah bagi menutup kelemahan PAS yang gagal melaksanakan hukum hudud dan meminda Akta 355 ketika menjadi kerajaan pusat dahulu.

“Ini menunjukkan politik PAS sangat tidak bertanggungjawab kepada negara dan PAS sanggup berbuat apa sahaja demi mendapat kuasa politikm,” katanya.



‘PAS cuba kurangkan kuasa Raja-raja Melayu?’

Sementara itu, Amanah Kelantan tampil mempersoalkan tujuan Abdul Hadi bercakap mengenai bidang kuasa Lembaga Pengampunan terhadap pesalah jenayah.

Pengarah Biro Kanun Amanah Kelantan Hisham Fauzi juga mempersoalkan apakah kenyataan anggota Parlimen Marang itu bermaksud untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.

“Adakah sama ada cadangan PAS (kenyataan Abdyl Hadi) ini bermaksud untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu? Kerana kuasa pengampunan ini adalah salah satu kuasa Raja-raja Melayu.



“Adakah mereka bersedia untuk melaksanakannya dahulu di negeri-negeri yang mereka (PAS) perintah seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis? Cubalah di negeri PAS sekiranya benar seperti apa yang dimaksudkan dan dikatakan presiden PAS itu,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini, hari ini.

Hadi ketika berucap dalam Ceramah Perdana PN Johor di Markas PAS Kawasan Bakri, di Muar, Johor malam tadi turut berkata PAS mahu peruntukan undang-undang yang ada sekarang ditukar kepada peraturan Islam.

“Termasuk (mengenai) pengampunan. Kes jenayah dalam Islam, yang berhak mengampun adalah mangsa jenayah. Kalau dia mati, (melibatkan) kes bunuh, adik beradik dia, ibu bapa dia atau wali dia yang berhak mengampun, bukan lembaga pengampunan.

“Lembaga pengampunan ini ialah Yang Di-Pertuan Agong, perdana menteri, peguam negara,” katanya.



Tambahnya, selain itu PAS juga mahu waris atau mangsa sesuatu perbuatan jenayah diberikan pampasan.

Namun, dakwa Abdul Hadi langkah tersebut mendapat tentangan pihak lawan PAS, khususnya DAP dan Amanah dan “sebahagian Umno”.

Sementara itu Hisham berkata, kenyataan Abdul Hadi itu seolah-olah menyalahkan parti Amanah, Umno, dan DAP dalam keadaan undang-undang yang ada pada hari ini.

Sedangkan katanya PAS ketika wakil rakyatnya menjadi menteri hal ehwal undang-undang sebelum ini juga tidak mengambil sebarang langkah untuk melakukan sebarang pindaan atau perubahan terhadap undang-undang sedia ada.



“Undang-undang berkaitan dengan pengampunan yang ada hari ini sudah pun lama terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, sejak penubuhan negara Malaysia lagi.

“Ia telah diterima pakai sejak sekian lama, sekiranya PAS ingin membawa apa-apa pindaan atau perubahan kenapa mereka tidak lakukan semasa menjadi kerajaan dahulu? Selama 33 bulan mereka menjadi kerajaan dan berada dalam kerajaan, malah pada satu ketika mereka memegang jawatan menteri undang-undang, kenapa pada masa itu pas tidak laksanakan segala yang mereka perkata ini?

“Pada hari ini PAS tampil menyalahkan parti-parti dan pihak-pihak lain terhadap satu undang-undang yang sekian lama wujud dan diamalkan di negara kita. Jelas bahawa PAS hanya ingin bermain retorik politik dan bukan untuk membawa menyelesaian kepada masyarakat, tidak menyumbang kepada kebaikan negara dan tidak membawa negara ke arah yang lebih baik.

“Mereka hanya mahu gunakan segenap isu, ruang dan perkara untuk memenuhi tujuan politik mereka sahaja. Sebaliknya mereka gagal semasa menjadi kerajaan dan sekarang mereka gagal juga semasa menjadi pembangkang,” kata Hisham.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker