Faisal Halim luah perasaan di media sosial

Faisal Halim luah perasaan di media sosial

“Allah tak pernah tidur.”

Itu hantaran ringkas yang dikongsi pemain Selangor FC, Faisal Halim menerusi laman Instagramnya faisalhalim.7 selepas dikenakan penggantungan selama sebulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).



Kenyataan ringkas itu sudah cukup menggambarkan perasaan pemain kebangsaan itu yang bakal terlepas lima aksi berdepan Johor Darul Ta’zim, Kuala Lumpur City, Negeri Sembilan FC dan dua perlawanan Piala Malaysia menentang PDRM FC.

Hantaran itu turut disertakan dengan foto Faisal menyarung jersi ‘The Red Giants’ dan kemaskini terbabit disambut dengan deretan kata-kata penyokong khususnya peminat Selangor.

Menerusi komen terbabit, mereka sentiasa berada di belakang pemain itu dan mengharapkan Faisal yang lebih mesra disapa Mickey dapat kembali dengan lebih kuat selepas menjalani penggantungan.

Tidak kurang juga ada yang lebih ekstrem apabila mencadangkan supaya pemain itu terus bersara daripada skuad kebangsaan selepas mendapat ‘layanan’ sebegitu daripada FAM.



Terdahulu, badan induk itu mengesahkan Faisal digantung selama sebulan susulan kenyataan yang dikeluarkannya ketika temu ramah media selepas aksi Liga Super berdepan Sabah FC, tiga bulan lalu.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman menerusi satu kenyataan menjelaskan, Faisal dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib selepas didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenyataan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media) menerusi kenyataan yang dikeluarkannya pada 27 April itu.

“Mengikut keputusan, Faisal sebenarnya digantung empat bulan bermula 25 Julai hingga 21 November 2023.

“Bagaimanapun, Faisal hanya dikenakan penggantungan selama sebulan (25 Julai hingga 23 Ogos 2023) yang mana penggantungan tiga bulan seterusnya ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakukan baik selama 12 bulan bermula tarikh 24 Ogos 2023.



“Namun begitu, Faisal tetap diberikan peluang membuat rayuan rasmi terhadap hukuman penggantungan yang dikenakan ke atasnya itu untuk dibawa ke Jawatankuasa Rayuan FAM,” kata Noor Azman. BH

Faisal Halim luah perasaan di media sosial

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot

Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil



Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes

Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker