Isteri tetak suami kerana bergaduh pasal duit

Isteri tetak suami kerana bergaduh pasal duit

Akibat perselisihan faham berkaitan masalah kewangan menyebabkan seorang lelaki cedera di kepala selepas ditetak dengan parang oleh isterinya di kediaman mereka di Jinjang di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, pekerja kilang berusia 34 tahun itu pulang ke rumahnya dan selepas selesai makan, dia yang ingin masuk ke dalam bilik tiba-tiba diserang isterinya.



Menurut sumber, suspek bertindak menetak kepala mangsa dengan parang sehingga berdarah.

“Sebelum kejadian, mangsa berselisih faham dengan isterinya berkaitan masalah kewangan.

“Mangsa yang cedera kemudian melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Jinjang,” katanya.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.



Menurutnya, mangsa masih belum dirakam keterangannya selepas gagal ditemui sehingga kini. HM

Isteri tetak suami kerana bergaduh pasal duit

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta

Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….



Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik

Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker