Donald Trump merogol saya

Donald Trump merogol saya

New York: Seorang wartawan dalam perbicaraan sivil di mahkamah di New York pada Rabu mendakwa bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump melakukan serangan seksual terhadapnya tiga dekad lalu.

“Saya di sini (mahkamah) kerana Donald Trump merogol saya,” kata E Jean Carroll di Mahkamah Persekutuan Manhattan yang turut mengatakan dia berasa malu dan tidak dapat menjalinkan hubungan percintaan sejak itu.



Kes itu adalah satu daripada siri pendakwaan mahkamah yang dihadapi Trump, 76.

Carroll, 79, menyaman Trump dengan mendakwa dia melakukan serangan seksual terhadapnya di bilik persalinan di gedung mewah, Bergdorf Goodman di Manhattan pada pertengahan 1990-an.

Dia juga mendakwa Trump memfitnahnya apabila ketika mendedahkan penafian dakwaan itu beberapa tahun kemudian.

Trump berulang kali menafikan dakwaan itu dan tidak pernah didakwa secara jenayah.



Bekas kolumnis majalah Elle itu menerangkan kepada juri bagaimana pertemuan secara kebetulan dengan Trump di Manhattan pantas pantas bertukar menjadi ganas.

Dia berkata, selepas Trump meminta nasihatnya untuk membeli hadiah pakaian dalam wanita, dia ‘menolaknya’ ke bilik persalinan.

“Semua berat (Trump) di dada saya. Dia menarik seluar ketat saya ke bawah. Saya menolaknya ke belakang,” kata Carroll kepada juri daripada kandang saksi.

Carrol pertama kali membuat dakwaan itu dalam petikan bukunya yang diterbitkan oleh Majalah New York pada 2019.



Ditanya mengapa dia mengambil masa lebih 20 tahun untuk mendedahkan dakwaannya kepada umum, dia menjawab: “Saya takut dengan Donald Trump. Saya malu. Saya fikir ia adalah salah saya.”

Carroll memfailkan tuntutan mahkamah lewat tahun lalu selepas undang-undang berkuat kuasa di New York yang memberi tempoh setahun kepada mangsa serangan seksual untuk menyaman ‘penyerang’ mereka meskipun mungkin selepas berdekad-dekad serangan berlaku.

Tuntutan saman itu menuduh Trump, “dia merogol dan meraba-raba” Carroll secara paksa dan memfitnah di platform Truth Social milik bekas presiden itu pada Oktober lalu apabila merujuk Carroll yang mengambil tindakan undang-udang sebagai “penipu yang lengkap.”

“Dia berbohong dan merosakkan reputasi saya. Saya di sini untuk mendapatkan semula kehidupan saya,” kata Carroll kepada mahkamah.



“Saya tahu orang ramai melalui perkara yang lebih teruk tetapi ia menyebabkan saya tidak dapat menjalani kehidupan romantis lagi,” katanya.

Dalam tuntutan samannya, Carroll menuntut ganti rugi yang tidak ditentukan untuk “kesakitan dan penderitaan yang ketara, kemudaratan psikologi dan kewangan yang berkekalan, kehilangan maruah dan harga diri, dan pencerobohan privasinya.” Dia juga meminta Trump menarik balik komennya.

Lebih sepuluh wanita menuduh Trump melakukan salah laku seksual, bagaimanapun Trump menafikan semua dakwaan itu dan tidak pernah didakwa atas mana-mana daripada mereka.

Tiada pendakwaan jenayah boleh disabitkan daripada kes sivil dikemukakan Carroll tetapi jika Trump kalah, ia kali pertama akan mempertanggungjawabkan Trump secara sah untuk dakwaan serangan seksual.



Trump memberikan keterangan bersumpah dalam kes itu tetapi tidak dijangka mengambil keterangan saksi. Perbicaraan mungkin akan berlangsung satu hingga dua minggu.

Ia adalah satu daripada pelbagai masalah undang-undang yang dihadapi Trump.

Trump awal bulan ini mengaku tidak bersalah atas 34 pertuduhan berkaitan pembayaran dibuat kepada bintang lucah sejurus sebelum pilihan raya 2016.

Dia juga sedang disiasat berhubung usahanya untuk membatalkan kekalahannya pada pilihan raya 2020 di Georgia, dakwaan mengendalikan dokumen sulit secara salah yang diambil dari Rumah Putih dan pembabitannya dalam serbuan Capitol AS oleh penyokongnya pada 6 Januari 2021. HM



Donald Trump merogol saya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah

Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta

View Chin rugi jutaan ringgit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker