Kementerian Luar main peranan aktif heret Israel ke ICC

Kementerian Luar main peranan aktif heret Israel ke ICC

Kerajaan menerusi Kementerian Luar sedang memainkan peranan aktif dalam membantu mendesak masyarakat antarabangsa mengheret isu kekejaman Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Dewan Negara diberitahu.

Timbalan Menteri Luar, Mohamad Alamin, berkata walaupun bukan ahli Statut Rom ICC, Malaysia masih boleh menyokong desakan masyarakat antarabangsa untuk mengheret Israel ke muka pengadilan berikutan kekejaman dilakukan terhadap rakyat Palestin.



“Peranan itu termasuk kerjasama secara ad-hoc dengan Pejabat Pendakwa Raya ICC bagi menyokong siasatan selain membantu dari segi menyampaikan dokumen-dokumen perundangan atau memudahkan kehadiran saksi sukarela yang boleh menyokong kes itu apabila dikemukakan di ICC nanti,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Noraini Idris mengenai peranan boleh dimainkan Malaysia dalam isu kekejaman Israel di Palestin.

Mohamad berkata, kerajaan juga mengemukakan kenyataan bertulis atau pandangan Malaysia yang diperlukan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kesan kekejaman Israel terhadap Palestin pada 25 Julai lalu.

“Insya-Allah kita juga akan mengambil bahagian untuk mengemukakan penyerahan lisan untuk tampil di ICJ pada 19 Feb tahun depan.



“Ini merupakan antara komitmen jitu negara untuk memperjuangkan hak rakyat Palestin dan menyokong desakan masyarakat antarabangsa untuk mengheret Israel ke muka pengadilan,” katanya.

Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada Jumaat lalu selepas jeda kemanusiaan selama seminggu dengan Hamas tamat.

Sekurang-kurangnya 15,899 rakyat Palestin terbunuh manakala 42,000 lagi cedera dalam serangan udara dan darat Israel. FMT

Kementerian Luar main peranan aktif heret Israel ke ICC



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular



Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?



Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker