Dua beranak ditahan ketika jual sarapan kepada golongan tidak puasa

Dua beranak ditahan ketika jual sarapan kepada golongan tidak puasa

KOTA BHARU: Dua beranak sekadar mengundang padah, apabila ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) ketika sedang menjual nasi bungkus berlauk kepada individu tidak berpuasa di Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Ibu berusia 50-an dan anak lelakinya 20-an ditahan pada 9 pagi ketika mereka sedang melakukan urus niaga dengan dua lelaki yang juga pelanggan.



Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain, berkata dua beranak itu menjual nasi bungkus secara bergerak dengan menggunakan sebuah kereta Perodua Myvi.

Katanya, operasi JAHEAIK bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) hasil maklumat orang awam dan intipan pihaknya selama seminggu.

“Ketika operasi, dua beranak itu sedang menjual nasi bungkus kepada dua lelaki berusia 40-an yang juga pemandu lori yang turut ditahan. Pemeriksaan menemukan puluhan nasib bungkus berlauk ayam dan ikan, diletakkan dalam kereta itu untuk dijual kepada pelanggan.

“Kita menahan mereka kerana menjual nasi bungkus kepada individu tidak berpuasa pada waktu yang tidak dibenarkan. Hasil siasatan mendapati, dua beranak terbabit adalah peniaga nasi dikenali di kawasan itu yang mula beroperasi pada awal Ramadan.



“Dua beranak itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 10 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 kerana tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjual dan membekal makanan kepada orang Islam di siang hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, dua pelanggan pula mereka disiasat mengikut Seksyen 54 enakmen sama kerana bersubahat tidak menghormati Ramadan.

Mohd Fadzuli berkata, mereka juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 21 enakmen sama kerana melakukan perbuatan tidak sopan bertentangan dengan hukum syarak di tempat awam yang boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua jika disabitkan kesalahan.

Katanya, keempat-empat yang ditahan dibebaskan dengan bon jamin iaitu dibebas dengan jaminan mulut dan mereka diminta hadir ke Mahkamah Syariah dalam masa terdekat. BH



Dua beranak ditahan ketika jual sarapan kepada golongan tidak puasa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerai kerana anak – Syamsul Yusof



Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan

Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker