Muhyiddin bidas Mahathir, Bersatu telah ditolak orang Melayu

Muhyiddin Yassin mendedahkan, peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari 2020 adalah atas kerelaan sendiri.

Menurut Muhyiddin, sekalipun, sudah dipujuk agar menarik semula keputusan tersebut, namun, Dr Mahathir tetap berkeras untuk meneruskan niat beliau itu.

Muhyiddin menegaskan, alasan yang diberikan oleh Dr Mahathir ialah beliau tidak lagi mendapat sokongan Majlis Tertinggi parti Bersatu ketika itu.



“Sehari sebelumnya, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu telah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan (PH). Beliau meletak jawatan kerana tidak puas hati dengan keputusan MPT Bersatu untuk keluar PH.

“Sebenarnya, Tun Mahathir telah memulakan gerakan untuk Bersatu keluar dari PH.

“Tetapi beliau membuat pusingan U di saat akhir apabila Majlis Presiden PH dalam mesyuaratnya pada 21 Februari 2020 membuat keputusan untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri,” dedah Pengerusi Perikatan Nasional itu dalam hantaran di Facebook beliau pada Ahad.

Setelah Majlis Presiden PH membuat keputusan untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri, beliau cuba meyakinkan MPT Bersatu supaya kekal berada di dalam PH. Tetapi MPT Bersatu hampir sebulat suara membuat keputusan sebaliknya.

Keputusan ini dibuat kerana memikirkan BERSATU semakin kehilangan sokongan orang Melayu

Dalam dua pilihan raya kecil di Semenyih dan Tanjung Piai, calon BERSATU yang bertanding atas tiket PH kalah. Sokongan pengundi Melayu kepada Bersatu ketika itu merosot walaupun kedua-kedua kerusi ini dimenangi oleh BERSATU dalam PRU-14.

Kata Muhyiddin, semasa negara berhadapan krisis politik, kesemua Ahli Parlimen telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.



Ketika itu juga, Muhyiddin menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir.

Bagaimanapun, Dr Mahathir, kata Muhyiddin, gagal mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen.

“Sebahagian besar Ahli-Ahli Parlimen yang menandatangani Akuan Bersumpah menyokong beliau sebagai Perdana Menteri sebelum ini telah menarik balik sokongan kepadanya.

“Oleh sebab itu, menurut Perlembagaan Persekutuan, beliau tidak boleh dilantik semula sebagai Perdana Menteri.



“Beliau beritahu saya, beliau sedia memberi sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri jika saya berjaya mendapatkan sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen. Saya beritahu Tun Mahathir, Insya-Allah saya akan mendapat sokongan majoriti.

“Namun, Tun Mahathir membuat pusingan U sekali lagi apabila beliau mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri untuk berlawan dengan saya. Allahuakbar.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker