UMNO perlu buat perubahan atau terus ditolak rakyat

Umno dilihat perlu melakukan perubahan untuk terus relevan atau berdepan risiko terus ditolak rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Perkara itu dinyatakan veteran Umno Tengkus Razaleigh Hamzah, yang menegaskan adalah lebih Umno dibubarkan sahaja sekiranya terus ditolak rakyat.

“Umno mesti ada perubahan. Kalau tidak Umno tidak boleh hadapi pilihan raya negeri dan akan kalah teruk. Kalau ditolak terus oleh rakyat, lebih baik tutup sahaja parti,” katanya seperti dilaporkan Mingguan Malaysia hari ini.



Dia berkata terpulang kepada barisan kepimpinan Umno untuk menumpukan usaha bagi mendapatkan semula sokongan rakyat.

Pada PRU15 lalu Umno merekodkan prestasi terburuknya apabila hanya menang 26 kerusi Parlimen berbanding 54 Parlimen pada PRU14.

Parti komponen BN lain pula hanya menang empat kerusi, menjadikan kerusi keseluruhan yang dimiliki gabungan itu kepada hanya 30.

Sementara itu Tengku Razaleigh yang juga bekas ahli Parlimen Gua Musang selama 12 penggal juga berpandangan kerajaan pada masa ini belum cukup kukuh.



Katanya, ini kerana kes mahkamah yang dihadapi presidennya Ahmad Zahid Hamidi akan mempengaruhi barisan kepimpinan parti itu nanti.

“Keadaan sekarang masih tidak menentu. Sekarang ini walau Anwar (Ibrahim) mendapat sokongan dalam Parlimen, beliau tetap bergantung kepada 30 ahli Parlimen BN,” katanya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras



Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker