Iran akui hantar dron ke Russia

Ukraine dan sekutu Baratnya menuduh Russia menggunakan dron buatan Iran sejak minggu kebelakangan ini untuk melakukan serangan di Ukraine. – Foto AP

TEHRAN: Iran hari ini mengakui buat pertama kalinya menghantar dron ke Russia, namun menegaskan ia dibekalkan kepada sekutunya sebelum pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kami membekalkan Russia dengan bilangan dron terhad beberapa bulan sebelum perang di Ukraine,” kata Menteri Luarnya, Hossein Amir-Abdollahian.

Ukraine dan sekutu Baratnya menuduh Russia menggunakan dron buatan Iran sejak minggu kebelakangan ini untuk melakukan serangan di Ukraine.

Iran bagaimanapun berulang kali menafikan bahawa ia membekalkan senjata kepada Russia untuk digunakan dalam perang Ukraine.



“Dalam perbualan telefon dengan menteri luar Ukraine minggu lalu, kami bersetuju sekiranya terdapat bukti (dron Iran digunakan oleh Moscow), beliau akan memberikannya kepada kami.

“Jika pihak Ukraine mengotakan janjinya, kita boleh membincangkan mengenai isu itu dalam tempoh beberapa hari akan datang dan mengambil kira bukti mereka,” tambahnya.

Menteri Luar Iran sekali lagi menafikan negaranya membekalkan peluru berpandu ke Russia dengan mengatakan tuduhan itu ‘sememangnya palsu’.

Pada 16 Oktober lalu, The Washington Post melaporkan bahawa Iran sedang bersiap sedia untuk menghantar peluru berpandu ke Russia.



Kyiv berkata, kira-kira 400 dron Iran digunakan terhadap penduduk awam Ukraine dan Moscow menempah sekitar 2,000.

Sebagai tindak balas kepada pertukaran itu, Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom mengenakan sekatan ke atas tiga jeneral Iran dan sebuah firma senjata yang dituduh membekalkan dron kepada Russia.

September lalu, Kiev dengan ketara memutuskan hubungan diplomatik dengan Tehran atas dakwaan penghantaran senjata ke negara itu. – AFP

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)



“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker