Noh mohon maaf pada Athira

Noh mohon maaf pada Athira

Vokalis Hujan, Noh Salleh membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut ibu kandung anak angkatnya, Musa, iaitu Athira.

Noh, 39, melalui hantaran Instagram (IG) memberitahu, dia akur beberapa tuntutan lain seperti menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini termasuk memadam foto muka Musa yang dikongsi dalam media sosial.



“Saya, Mohammad Noh Salleh ingin memohon maat secara terbuka kepada ibu kandung Musa, Wan Nuraisyah Athirah Wan Amizulkhidi. Saya akan turuti tuntutan beliau untuk tidak memuat naik gambar muka Musa lagi.

“Saya akan padam gambar yang memaparkan muka Musa dalam laman sosial saya,” katanya.

Noh mendakwa dia tidak tahu-menahu perjanjian yang dibuat Athira dan bekas isterinya, Mizz Nina di mana mereka dilarang memuat naik foto paras Musa dalam mana-mana platform media sosial.

“Saya hanya berbuat demikian kerana terlalu rindukan Musa. Ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa, Musa bukan berada di bawah jagaan saya pada waktu ini. Saya telah serahkan kepada Mizz Nina seperti mana yang jelaskan sebelum ini.



“Bagi isu manipulasi pula, perkara terbabit adalah tidak benar. Persetujuan telah dicapai dengan pihak ibu kandung di mana beliau bersetuju memberi penjagaan Musa kepada saya secara sedar dan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Ini termasuk tidak ada mengenakan apa-apa syarat mengenai muat naik foto muka Musa.

“Namun, saya faham kedudukan beliau sebagai ibu kandung Musa di mana beliau mempunyai hak sepenuhnya ke atas perkembangan Musa. Saya hormati keputusan beliau pada waktu ini,” katanya.

Semalam dilaporkan, Athira menuntut Noh menarik balik kenyataan, melakukan permohonan maaf secara terbuka dan memadam foto muka Musa yang dimuat naik di dalam media sosial dalam tempoh 24 jam.

Athira dilaporkan berkata, Noh perlu memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan dalam kenyataannya menerusi program Melodi terbitan TV3, baru-baru ini.



Menerusi temu bual disiarkan, Noh mendakwa Athira memberi kebenaran untuknya menjaga Musa dengan rela hati. Susulan itu, Athira mendakwa, dirinya dimanipulasi penyanyi itu.

Noh turut mengakui kesilapannya kerana tidak memikirkan soal sensitiviti Athira. Justeru, Noh berharap penjelasan dibuat mampu menjernihkan kembali keadaan.

Bagaimanapun, tambah Noh, dia akan memastikan kesihatan mental Musa terjamin.

“Sebagai seorang manusia biasa pasti ada buat kesilapan kerana tidak memikirkan sensitiviti beliau (Athira) dan terlalu mengikut perasaan rindukan Musa hingga muat naik gambar anak saya sama seperti ibu bapa lain.



“Saya juga ingin tekankan bahawa saya masih tetap dengan pendirian saya sebelum ini, di mana, apa yang penting bagi saya adalah kesihatan mental dan fizikal Musa.

“Saya berharap dengan penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan. Saya berdoa agar perkara ini dapat diselesaikan,” katanya. BH

Noh mohon maaf pada Athira

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker