Istana Negara nafi keluar kenyataan persoal integriti perkhidmatan awam

Istana Negara nafi keluar kenyataan persoal integriti perkhidmatan awam

Istana Negara menafikan ada mengeluarkan kenyataan media berhubung isu integriti perkhidmatan awam seperti yang tular di media sosial, hari ini.

Menerusi catatan di Facebook, Istana Negara memaklumkan pihaknya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian.



“Adalah dimaklumkan bahawa Istana Negara tidak mengeluarkan kenyataan media seperti yang dipaparkan dan yang telah tular di media sosial, hari ini.

“Orang ramai dinasihati agar tidak menyebar atau berkongsi lanjut kenyataan palsu itu menerusi mana-mana platform media,” menurut catatan itu.

Dalam pautan rasmi Istana Negara di Facebook, turut dimuatnaik hantaran palsu berkenaan yang antara menyebut, “Tuanku sangat terkejut kemampuan ketua pengarah perkhidmatan awam menggunakan jam tangan berharga RM252,000”.

Surat palsu itu juga memaparkan rasa tidak puas hati Yang di-Pertuan Agong terhadap integriti ketua setiausaha negara. FMT



Istana Negara nafi keluar kenyataan persoal integriti perkhidmatan awam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?



Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker