Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh

PETALING JAYA- Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban akibat kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor awal pagi tadi.

Istana Negara melalui satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita atas tragedi yang berlaku itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mangsa sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Seri Paduka Baginda berdua juga turut mendoakan agar roh mangsa yang beragama Islam dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.



“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan setinggi penghargaan kepada para anggota jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar operasi itu dilakukan secara rapi dan terancang,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, Baginda berdua turut mendoakan agar dipermudahkan urusan dan usaha mencari serta menyelamat semoga mangsa-mangsa yang terperangkap dapat diselamatkan dengan segera

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’



Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker