Syukur Muhammad Aqmar Dzulkarnain akhirnya ditemukan: Ibu

JOHOR BAHRU- “Alhamdulilah, lega doa saya dimakbulkan, penantian sembilan bulan berakhir,”.

Demikian luahan Azmawati Ab Kadir, 55, ibu kepada Muhammad Aqmar Dzulkarnain, 24, apabila mayat anaknya yang dilaporkan hilang sejak 29 Oktober tahun lalu akhirnya ditemukan di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang dikeluarkan dari dasar Sungai Api-Api, Nenasi, Pekan, Pahang pada Sabtu.

Azmawati kini dalam perjalanan ke Hospital Pekan, Pahang setelah menerima panggilan pihak polis berhubung penemuan kenderaanitu pada tengah hari Sabtu.



Jelasnya, sebelum itu, dia dihubungi orang awam memaklumkan penemuan MPV anaknya di Sungai Api-Api.

“Memang terkejut dapat panggilan dari orang awam beritahu nampak kereta arwah di dalam sungai. Tidak lama lepas itu, polis hubungi saya, maklumkan perkara yang sama.

“Kebetulan salah seorang anggota bomba itu kawan anak, memaklumkan maklumat peribadi termasuk bag kerja, baju kerja dan kad kerja atas nama anak saya,” katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Azmawati berkata, laluan di lokasi penemuan terbabit merupakan jalan yang digunakan anaknya setiap kali untuk pulang ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu dari rumah mereka di Taman Air Biru di sini.



Sinar Harian sebelum melaporkan misteri kehilangan seorang lelaki yang dilaporkan hilang Oktober tahun lalu terungkai berikutan penemuan rangka manusia dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang ditemui terbenam di dasar Sungai Api-Api pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin dipetik berkata, penemuan MPV di dalam sungai itu disedari seorang pengguna jalan raya (pengadu) ketika berhenti untuk membuang batang besi yang ditemui terjatuh di atas jambatan sungai berkenaan pada jam 11.39 pagi.

Mohd Zaidi berkata, rangka tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk dibedah siasat manakala kenderaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun



Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker