Mas Ermieyati menang atas tiket BN, kini pertahan Masjid Tanah melalui PN

 

ALOR GAJAH: Penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah yang menang atas tiket BN, Mas Ermieyati Samsudin mengakui terkejut namanya namanya diumumkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mas Ermieyati berkata, ini kerana pengumuman itu adalah pertama kali dibuat dalam Siri Jelajah Prihatin PN setakat ini.



“Pengumuman malam ini (tadi) amat mengejutkan dan saya ucap banyak terima kasih atas kepercayaan Muhyiddin kepada saya, diumumkan sebagai calon.

“Saya difahamkan ini (pengumuman calon) dibuat kali pertama kerana sudah beberapa negeri Muhyiddin pergi dalam Jelajah Prihatin PN, tidak ada pengumuman dibuat tentang mana-mana calon.

“Insya-Allah saya cuba buat yang terbaik dalam kempen ini bersama seluruh pasukan PN dan kami akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan kerusi PN di Masjid Tanah,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Melaka di Kampung Paya Lebar, Masjid Tanah dekat sini, malam tadi.

Pada PRU14, Mas Ermieyati yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 8,159 undian menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr. Sabirin Ja’afar dan calon Pas, Nasir Othman.



Bekas Ketua Puteri UMNO itu kemudiannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Disember 2018.

Ditanya mengenai peluangnya mempertahan kerusi berkenaan, Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) berkata, beliau akan mencuba sedaya upaya untuk menang bagi membantu usaha PN menawan Putrajaya.

Mengenai jangkaan pertembungan dengan nama besar dicalonkan BN di Masjid Tanah seperti Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, beliau berkata, PN dan Bersatu sudah cukup bersedia menanti sesiapa sahaja yang menjadi calon.

“Kita jangka nama beliau (Sulaiman), namun siapa sahaja calon yang diletakkan kita akan cuba sedaya upaya untuk berkempen dan berjumpa dengan pengundi, apa tawaran yang akan diberikan jika saya diberi mandat oleh pengundi di sini,” ujarnya



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker