Malaysia boleh susuli India ke bulan jika dasar kerajaan betul

Malaysia boleh susuli India ke bulan jika dasar kerajaan betul

Malaysia diyakini mampu mengecapi kejayaan menyusuli India yang telah mendaratkan kapal angkasa miliknya, Chandrayaan-3 (CY3) di bulan, jika kerajaan meletakkan dasar serta pelan tindakan yang betul.

Ketua Eksekutif HRD Corp., Datuk Wira Shahul Dawood berkata, ini termasuk usaha kerajaan melaksanakan inisiatif dan program-program yang memberi tumpuan kepada aspek pembangunan modal insan.



Katanya, dengan usaha itu akan membina negara yang bukan sahaja dipenuhi dalam kalangan saintis, ahli teknologi, jurutera dan ahli matematik, malah melahirkan individu yang berani serta dinamik.

Oleh itu, katanya, mesti ada usaha lebih bersepadu untuk melengkapkan bakat-bakat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dengan kemahiran serta pengetahuan yang diperlukan industri selepas tamat pengajian.

“Kita juga perlu meneroka dan menawarkan laluan lain untuk kelayakan dan kerjaya STEM kepada rakyat Malaysia yang mungkin tidak melalui trajektori pendidikan konvensional.

“Ini memerlukan kerjasama meluas antara kerajaan, pemain industri sektor swasta dan institusi akademik negara dan kami di HRD Corp sentiasa komited memacu usaha ini.



“Siapa sangka, mungkin satu hari nanti, kita juga boleh bertapak di bulan seperti India? ” katanya dalam kenyataan.

Menurut Forum Ekonomi Dunia, katanya, sebanyak 34 peratus pelajar pengajian tinggi dalam bidang STEM di India menghasilkan graduan STEM tertinggi di dunia setiap tahun.

Selain itu, katanya, Bank Dunia melaporkan, dalam kadar 43 peratus, India mempunyai peratusan lulusan STEM wanita yang lebih tinggi berbanding negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (34 peratus), United Kingdom (38 peratus), Jerman (27 peratus) dan Perancis (32 peratus).

Katanya, Indian National Skill Development Corporation (NSDC) dan India STEM Foundation juga memainkan peranan penting dalam membentuk tenaga kerja STEM negara melangkaui pendidikan tinggi.



“Tidak dapat dinafikan teknologi semakin berkembang dan dalam isu India pula, melabur dalam bidang STEM serta memperkasa golongan saintis dan jurutera agar menjadi lebih inovatif, dinamik dan berkemahiran tinggi membolehkan negara itu merealisasikan misi ke bulan,” katanya.

Pada 23 Ogos lalu, media melaporkan, kapal angkasa milik India melakar sejarah apabila berjaya mendarat di permukaan bulan secara tidak langsung menunjukkan keupayaan India dalam penerokaan angkasa lepas, selaras usaha kerajaan untuk memacu pelaburan dalam bidang tersebut.

Menurut Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO), CY3 mendarat di bahagian kutub selatan bulan dan merupakan percubaan kedua republik itu mendarat di bulan selepas misi kapal angkasa Russia, Luna-25 gagal.

Misi CY3 dilancar pada 14 Julai lalu dari pusat angkasa utama di India yang terletak di negeri Andhra Pradesh. Utusan



Malaysia boleh susuli India ke bulan jika dasar kerajaan betul

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat



Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker