Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Tiada angin tiada ribut, pelakon jelita, Fatin Afeefa menuai perhatian ramai apabila berkongsi video memaparkan suaminya, Opai dimasukkan ke hospital.

Dalam video tersebut, Fatin secara ringkas menulis, suaminya Opai atau nama lengkapnya Aliff Awang dipukul oleh geng pemilik kereta berjenama Honda.



“Kena pukul dengan geng Honda,” katanya dalam video tersebut.

Bagaimanapun, tiada sebarang butiran lanjut mengenai kejadian mahupun perkongsian video kecederaan dan salinan laporan polis yang dikongsikan kepada umum.

Dalam pada itu, usaha Kosmo! Online menghubungi Fatin bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang perkara tersebut tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon.

Dalam masa sama, Opai juga didakwa menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk kenderaan mewah McLaren miliknya.



Sementara itu, Opai pula dalam video InstaStory menjelaskan nombor plat keretanya QPA1 tidak digunakan di atas jalan raya dan hanya sekadar ‘hiasan’ untuk kenderaan mewah miliknya.

“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak hubungi pun, tiada surat mahupun panggilan telefon. Biasalah orang baru kahwin, mahu pakai nombor yang menarik dan cantik, letak nama sendiri.

“Atas jalan raya saya tak pakai pun nombor plat tersebut,” jelasnya.

Tambahnya, dia juga memohon orang ramai berhenti menggunakan namanya sebagai pelaris video dalam mana-mana kandungan media sosial.



“Sudah-sudahlah menggunakan nama saya, bosanlah.

“Orang Malaysia pun sudah bosan dengar nama dan cerita saya. Mereka guna pun sebab mudah untuk viral, sebab apa? Sebab saya bagus,” ujarnya.

Terdahulu, kecoh dalam media sosial mengenai suami kepada pelakon Fatin Afeefa yang dikatakan merendah-rendahkan pemilik kenderaan bukan supercar dengan menggelarkan kereta tersebut sebagai najis. K Online

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat



Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen



Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker