Suami penipu katering turut hilangkan diri

Suami penipu katering turut hilangkan diri

JEMPOL: Polis masih giat mengesan Fauziah Abdul Hamid, 40, yang disyaki terbabit kes penipuan dalam urusan katering di daerah ini yang berlaku baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, setakat ini, usaha mendapatkan keterangan suami suspek juga tidak berhasil kerana lelaki terbabit dipercayai turut menghilangkan diri.



“Setakat ini, kami ada mendapatkan maklumat daripada saudara maranya bagi mengesan suspek, justeru, kami meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan suspek itu dengan alamat terakhirnya di Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor,” katanya kepada pemberita, di sini.

Baru-baru ini media melaporkan, Fauziah dengan alamat terakhirnya di Nombor 18, Jalan Pulau Lumut U10/76G, Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor, kini merupakan individu yang dikehendaki polis selepas disyaki terlibat dalam penipuan urusan katering membabitkan seorang pengantin wanita di Bandar Seri Jempol, di sini.

Pada 25 Disember tahun lalu media juga telah melaporkan sebuah keluarga di daerah ini kerugian RM13,000 akibat ditipu dengan pakej kenduri kahwin yang ditawarkan oleh sebuah pengusaha katering.

Keadaan tersebut menyebabkan keluarga terbabit terpaksa memasak sendiri hidangan selain mencari set kerusi dan meja untuk diletakkan di dalam dewan yang sudah ditempah.



Chang Hook sebelum ini memaklumkan, mangsa dipercayai menjadi mangsa penipuan selepas berurusan secara dalam talian bagi mendapatkan khidmat pakej perkahwinan.

Semakan polis melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat katering itu didaftarkan atas nama suami kepada wanita berkenaan. Utusan

Suami penipu katering turut hilangkan diri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium



Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker